Tuesday, May 24, 2011

Isu Royalti Kelantan : Pembohongan Dan Penafian Hak Rakyat Kelantan


Penipuan Dan Pembohongan Najib terhadap isu royalti Kelantan

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”". Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.

H.R. Ibnu Majah

Keterangan :-


Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta  fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

Fakta tentang royalti Kelantan (hak rakyat Kelantan)

p/s : aku nak ulas pun tak ada mood....fikir-fikirkan la ye...berfikirlah atas neraca al-Quran dan sunnah bukannya nafsu dunia semata-mata...ingatlah kita akan dihisab atas apa yang kita kerjakan di muka bumi Tuhan ni.


Tuesday, April 12, 2011

Penerangan Bro. Shah Tentang Salah Faham Terhadap Islam...


Antara inpu-input yang aku dapat daripada Seminar Asas Interfaith Dialogue yang disampaikan oleh Bro. Shah Kirit. Walaupun masa mencemburui kami, itu pun sudah memadai bagi kami sebagai tambahan dan pedoman selain apa yang kami belajar dalam kuliah.

Semasa menyampaikan kebenaran Islam kepada non-Muslim (malah sesama Muslim), kita tidak akan terlepas daripada mendengar 1001 persoalan serta salah tanggapan terhadap Islam. Antara soalan-soalannya ialah:-

Monday, April 11, 2011

Aku Pun Produk MTAQ Pulai Chondong...(^_~)

Posting yang dibuat oleh seorang blogger, The Kelantan Times  bertajuk :-

Produk Kelantan: Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong
Friday, 8 April 2011

Salah sebuah sekolah kelolaan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang telah banyak menyumbang dalam bidang pendidikan di Kelantan terutamanya pendidikan beraliran agama ialah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat (معهد تحفيظ القرآن والقراءات) atau singkatan MTAQ merupakan sebuah sekolah agama/arab yang merangkumi tiga bidang pengajian iaitu Al-Quran Wal-Qiraat, Bahasa Arab dan Akademik. Ia diwujudkan hasil cadangan YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan setelah menerajui Kelantan pada tahun 1990. Maahad Tahfiz Al-Quran (MTAQ) telah ditubuhkan pada tahun 1992 dan ia diletakkan di bawah pengurusan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Objektif utama penubuhan MTAQ ini adalah untuk menyediakan kemudahan mengkaji al-Quran dan mempelajari Ulum al-Quran, menghidupkan kembali Ulum Al-Quran dan memperdekatkan Ulum Al-Quran kepada masyarakat serta mampu melahirkan ulama hafiz yang memahami isi kandungan al-Quran dan menjadi rujukan masyarakat. Selain itu, penubuhan sekolah ini adalah untuk memelihara isi kandungan al-Quran dan keaslian bacaannya dari sebarang penyelewengan dan membentuk insan yang mempunyai ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi, beramal soleh, bertakwa kepada Allah s.w.t. dan berakhlak mulia.

Video Montaj Seminar Asas Interfaith Dialogue


Kredit kepada Anuar yang bertungkus-lumus menyiapkan video montaj ini dalam masa yang singkat dan kekurangan idea....kudos to Anuar

Gud Luck Semua...

Seminar Asas Interfaith Dialogue Malam ini...

SEMINAR ASAS INTERFAITH DIALOGUE (SAID ‘11)
Bersama En Shah Kirit Bin Kalkulal Govindji
(Pengurus Saba Islamic Media)

Bersama-sama kita datang beramai-ramai memeriahkan SAID ‘11 ini. Moga-moga sedikit ilmu ini bermanfaat untuk kita semua.

Pada:            11 April 2011 (Isnin)
Masa:            8.00-11.00 malam
Tempat:        DKP, FPQS

Yuran Pendaftaran: Student USIM            - RM5
                             Staff dan orang Luor  - RM10

Sebarang pertanyaan,maklumat dan juga pembayaran boley menghubungi :-

Nurul: 013-2747989
Helmi: 012-3381047

Sunday, April 10, 2011

Jamuan Meraikan Kemenangan FEM FC Bersama Dekan

Setelah team bola sepak FEM berpenat lelah merangkul kejuaraan Liga Fakulti, akhirnya Dekan Fakulti, Dr. Asmaddy dan Ustaz Asyraf bersetuju untuk menaja makan malam pemain-pemain pada malam tadi.

Tempat      : Serdang (tak ingat nama restoran)
Masa         : 8:00 - 10.30 malam (tapi kami sampai pukul 10.00 malam...hehe)
Hidangan  : Steamboat (makan sampai nak pecah perut...huhu)      

Gambar yang sempat diambil semasa waktu kejadian:-





 p/s : Jom fokus kat final exam dan iCEPS7 plak....hihi Isshoni ganbaremasu
*(^_~)*

Thursday, April 7, 2011

Nikmat Yang Paling Berharga...IMAN


Diantara banyak  nikmat yang Allah anugerahkan kepada manusia, ada satu nikmat yang paling berharga dan paling penting iaitu nikmat iman.

Iman ialah asas penting yang menjadi tapak tempat berdirinya peribadi mukmin Kalau manusia diibaratkan sebuah binaan (rumah)maka iman diibaratkan seperti tapak  yang menegak dan mengukuhkan binaan(rumah) tersebut.

Allah Taala memuliakan seseorang yang memiliki iman walau sebesar zarrah dengan balasan syurga .Sebaliknya seseorang yang mati tanpa iman ia akan tinggal didalam neraka kekal selama lamanya.

Didalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda maksudnya.Allah swt akan memerintahkan pada hari pengadilan keluarkanlah dari neraka jahannam semua mereka yang berkata Laailahaillallah dan yang mempunyai iman walaupun sebesar zarrah didalan hatinya.

Tuesday, April 5, 2011

Tanda-Tanda Kiamat Di Sekeliling Kita...Please, Aware!!!



1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan). 

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem. 

3.  Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya. 

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya. 

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang. 

Boleh Ke Nak Buat Maksiat...??


Saper-saper yang rase nak buat dosa dan maksiat sangat boleh la penuhi syarat-syaratnya dulu, kalau rase tak mampu, pikir la balik ye....mari kita hayati kisah ni supaya boleh dijadikan pedoman dan panduan untuk kite semua...

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"


Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

Monday, April 4, 2011

Logo iCEPS7...



Credit to Anuar buat video utk logo iCEPS7...caya laa

Sunday, February 13, 2011

Sekitar Solat Hajat iCEPS7....

 Solat hajat dan bacaan yasin diimami oleh saudara Abdul Mu'izz

 Dengan penuh khusyu' dan tawadhu' menadah tangan kepada Mu Ya Allah..

 Tekun sahabat-sahabat mendengar tazkirah...

 Tazkirah ringkas disampaikan oleh saudara Tobrani...

 Dr. Amir segak berbaju batik merah putih....

 Sedikit pesanan daripada Dean Of Faculty....
 Masing-masing tunduk je lepas kena bagi taujihat....

 Model iCEPS7...hihi jangan marah ye bro
 Lepas abis ucapan, rase lapar pulak ye...jom pi makan semua!!!
 AJK Tertinggi iCEPS7 termasuk Pengarah (paling kanan dalam gambar)

 Pn. Nor yang sentiasa ceria dan laju...hahaha

 Makan jangan tak makan....!!!

 Terbaik...!!!

 Khusyu' nya makan sampai tak tengok kamera...hihi

Semua makan dengan hepi...

Vanue : Dataran Pusat Komersial
Tarikh : 11 Februari 2011

Pesanan Untuk Semua:-
Diharapkan semua pihak dapat berganding bahu untuk menjayakan iCEPS7 dengan penuh rasa tanggungjawab dan sentiasa bersemangat...gud luck evrybody!!!


Thursday, February 10, 2011

Revolusi Mesir: Strategi CFR Menyekat Ikhwanul Muslimin



Adalah  sesuatu yang pasti bahawa semua revolusi rakyat yang bergerak di atas platform ‘kesedaran rakyat’ adalah kesan dari permainan catur politik antarabangsa daripada ahli-ahli CFR (Council on Foreign Relation).

Permainan yang digerakkan oleh CFR ini sangat jelas kerana beberapa ahli CFR telah pun mengisyaratkan kebangkitan tersebut dengan satu tajuk yang sangat metafora tetapi takrifan menjelaskan apa yang telah berlaku sekarang dibeberapa buah negara arab.

Untuk memahami apa yang berlaku sekarang di negara Arab adalah lebih baik kita merujuk semula ucapan dasar salah seorang konspirator antarabangsa, Zbigniew Brzezinski pada Mei 2010. Beliau merupakan ahli lembaga pengarah bagi CFR.


Di dalam video di atas, Brzezinski menjelaskan akan kebimbangannya tentang kebangkitan kesedaran rakyat antarabangsa. Beliau juga cuba menafikan bahawa PBB bukan ‘World Government’ tetapi sebagai organisasi yang memberi hak sama rata dalam bersuara (sebenarnya beliau menipu).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...