Tuesday, April 12, 2011

Penerangan Bro. Shah Tentang Salah Faham Terhadap Islam...


Antara inpu-input yang aku dapat daripada Seminar Asas Interfaith Dialogue yang disampaikan oleh Bro. Shah Kirit. Walaupun masa mencemburui kami, itu pun sudah memadai bagi kami sebagai tambahan dan pedoman selain apa yang kami belajar dalam kuliah.

Semasa menyampaikan kebenaran Islam kepada non-Muslim (malah sesama Muslim), kita tidak akan terlepas daripada mendengar 1001 persoalan serta salah tanggapan terhadap Islam. Antara soalan-soalannya ialah:-
 
Isu umum

· Masuk Islam = Masuk Melayu

· Islam agama susah (perlu solat 5 kali sehari, puasa, banyak pantang larang, tidak boleh makan babi, minum arak dll)

· Islam agama mundur

· Tuhan Islam tidak adil – kenapa cipta kafir, kenapa takdir ke syurga/neraka

· Semua agama sama

· Doa tidak terjawab

· Kafir yang baik ke neraka tapi Muslim yang jahat ke syurga

· Sains dan agama tidak selari


Isu keganasan

· Islam agama ganas (9/11, suicide bombing)

· Islam disebar melalui mata pedang

· Negara Muslim suka berperang

Isu wanita

· Wanita tidak boleh jadi imam

· Saf solat wanita di belakang (ini kerap ditanya oleh pelancong asing yang datang ke masjid semasa Mosque Tour)

· Lelaki dapat 2 kali ganda harta warisan daripada wanita (4:11)

· Kesaksian seorang lelaki menyamai kesaksian dua orang wanita (2:282)

· Wanita tidak boleh jadi pemimpin

· Lelaki mempunyai satu darjat lebih tinggi daripada wanita (2:228)

· Suami boleh pukul isteri (4:34)

· Poligami

· Kenapa wanita tidak boleh kahwin 4 (poliandri)?


Soalan dari missionary Kristian

· Jesus lebih hebat dari Muhammad sebab nama Jesus disebut 25 kali dalam Quran tapi nama Muhammad disebut 5 kali sahaja (3:144, 33:40, 47:2, 48:29, 61:6)

· Muhammad sudah meninggal tapi Jesus masih hidup

· Jesus tidak berbapakan manusia, maka Father lah bapanya

· Nabi akhir ialah Jesus sebab Jesus akan turun sebelum kiamat

· Quran tiru Bible

· Quran hasil kerja syaitan

· Allah guna perkataan “Kami” dan ini bermakna trinity itu adalah benar

Soalan dari orang-orang Hindu

· Muslim sembah Kaabah

· Tuhan Linggam di dalam Kaabah

· Semua manusia sepatutnya Vegetarian

· Sembelihan haiwan cara Islam adalah kejam

· Berhala (Idol) bukan disembah tetapi ia hanya untuk tujuan penumpuan (concentration) kepada tuhan


Quran ada contradictions

· Satu hari di sisi Allah adakah bersamaan seribu tahun manusia (22:47, 32:5) atau limapuluh ribu tahun manusia (70:4)?

· Allah cipta langit dan bumi dalam enam hari (7:54, 10:3, 11:7, 25:59, 32:4, 50:38, 57:4) atau lapan hari (41:9-12)?

· Manusia dicipta daripada air (25:54), sperma (76:2) atau tanah (6:2)?

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...