Wednesday, January 19, 2011

Tidak Salah Mengaku Salah...


Komen Hamba Biasa yang lemah ini: 
Maafkan saya sebelum saya menulis ini jika ada mengguris mana-mana pihak. 

Selaku pelajar muslim dan menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia yang membawa wadah Islam dan Sains Teknologi sebagai perjuangan tidak seharusnya cepat melatah apabila ditegur oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi jika pihak yang menegur membawakan sebuah dalil kukuh yang patut kita ikut. 

Janganlah kita menegak benang yang basah jika kita tau wadah yang kita bawa ini boleh menjadi fitnah dahsyat kepada Islam. Perkara sebegini patut diperhatikan secara detail bukannya mengikut dengan hawa nafsu. Apa guna kita dengar khatib membaca khutbah atau ustaz memberikan ceramah supaya kita sentiasa berpegang kepada 2 perkara iaitu Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan hidup supaya tak tersesat dek liku-liku hidup yang sementara ini?( rujuk nas Hadis )

Cubalah berfikir dengan akal yang beragama andai kita ini benar-benar mahukan Islam sebagai deen. Apa yang boleh saya kata, sungguh memalukan mahasiswa/i yang belajar tinggi tentang Islam tapi  tidak mempraktikkan Islam dalam setiap gerakkerjanya.

Mungkin di pihak yang mempersembahkan boria tidak merasakan apa-apa kesalahan yang anda buat. 

Jika anda fikir sejenak, andai Rasulullah s.a.w ditaqdirkan hidup kembali dan sedang menonton anda di kaca tv. Apakah perasaan Beliau melihat umatnya membuat fitnah pada agamanya. Janganlah saudara-saudaraku menganggap perkara ini kecil. Lihatlah dari aspek kesan perbuatan anda pada agama yang anda anuti sekarang. 

Maafkan diri ini jika ada salah silap...semoga Allah membalas usaha baik kita walaupun sekecil zarah. Diri ini tidak sempurna, semua orang ada salah dan silap. Berubahlah dari sekarang. Jangan perbuatan yang kita buat ini dipersoalkan Allah kelak kerana menghina agamanya secara tak kita sedari.

Wallahu'alam



Saya angkat artikel yang ditulis Ustaz Hasrizal



“Astaghfirullah” saya menggosok mata.
Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat.
Saya sedang menunggu isteri menghabiskan ward round di hospital, dan mengisi sedikit masa yang ada dengan menonton rancangan MHI di TV3.

Siapa tidak kenal boria? Sama seperti dikir barat di Kelantan, boria adalah satu ekspresi budaya yang terkenal di negeri Pulau Pinang. Ia adalah satu cabang seni yang ada tatacara dan ilmunya. Budaya warisan. Soal suka atau tidak suka, ia terpulang kepada kecenderungan peribadi masing-masing. Ada yang lega dengan Jazz, ada yang rasa bahagia dengan Dangdut.

Genre.

Tetapi apa yang terpampang di depan mata saya ini ialah Boria yang mengelirukan. Belum pernah saya melihat Boria dipersembahkan dengan mencampur adukkannya bersama lagu genre Samba nyanyian Zur Eda. Namun lebih mengelirukan saya ialah apabila kumpulan tersebut memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan Boria Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Seperti biasa, Facebook menjadi tempat hal ini dibualkan.
Saya bertanya dengan nada sinikal, apa kaitan sebuah universiti berteraskan Sains dan Islam, dengan Boria Samba yang dipersembahkan itu.

Boria USIM? Ya amatlah Saintifik dan Islamiknya ia!” demikian bunyi status di akaun Facebook saya.

Komen berkenaan pantas mendapat maklum balas rakan-rakan lain yang sebahagiannya turut menonton persembahan yang ganjil berkenaan. Tidak tertangkap di mata atau telinga saya, kumpulan yang membuat persembahan itu adalah pemenang tempat ketiga Festival Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (FESTKUM) Disember tahun lalu.

Tiada siapa yang mengetahui di kalangan rakan Facebook bahawa kumpulan ini juga berada di bawah naungan unit Kebudayaan & Kesenian (UKK) USIM.
Boria biasa muncul di mana-mana. Samba juga wujud dalam budaya masyarakat. Namun mencampur adukkan ia, dan diperkenalkan sebagai budaya kebanggaan sebuah universiti, saya kebingungan.

KASUAL JADI RASMI

Akan tetapi, saya sama sekali tidak menyangka bahawa perbualan kasual di Facebook itu telah diskrin cetak dan disiarkan di sebuah halaman web yang dikenali sebagai USIMKINI. Ia adalah sebuah halaman web yang dikunjungi oleh warga USIM sama ada daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswinya, mahu pun kakitangan IPTA tersebut. Komen di Facebook yang kasual dalam ruang lingkup yang terbatas itu, dilaporkan di halaman web USIMKINI sebagai ‘pandangan rasmi’ saya berkenaan Boria USIM. 

Tindakan janggal bagai tidak dapat membezakan antara perbualan seorang rakan dengan rakan-rakannya, dengan apa yang dikonotasikan sebagai ‘kenyataan rasmi’.
Dalam tempoh yang singkat, ia telah mencetuskan kacau bilau.

Saya menerima dengan lapang dada, teguran semua pihak bahawa saya boleh memilih perkataan yang lebih terhormat semasa mengkritik aset kebanggaan USIM ini. Ia menjadi pengajaran yang berharga buat saya.

Akan tetapi, pendirian saya yang bersifat substantial tidak berubah.

Budaya itu adalah suatu keaiban yang tidak layak untuk didukung oleh mahasiswa sebuah IPTA yang membawa nama Sains dan Islam. Andai ada yang masih mahu mempertahankan Boria USIM sebagai ekspresi aras menara gading, saya berlepas diri.
Kejadian ini sangat mencelikkan mata saya agar menambah baik bahasa di Facebook. Saya beristighfar dan memohon ampun daripada Allah atas ketelanjuran lisan saya sebagai manusia. Juga saya memohon maaf kepada penari-penari Boria USIM jika komen saya diambil secara personal.

I have nothing personal against any of you.

Moga diampunkan oleh-Nya.

REFLEKSI USIM SENDIRI

Namun apakah kejadian ini mampu mencelikkan mata USIM agar lebih bertanggungjawab dalam menghormati serta membawa nama ISLAM yang diberikan Allah kepada Syariat Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam?
Jangan sampai ayat ini menjadi kesimpulannya:

“Oleh itu, biarkanlah mereka (Wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)!” [Al-Ma'aarij 70: 42]

Saya cemburu dengan huruf  ‘I’ pada nama institusi anda!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Kursus Kahwin Kembali...


iCEPS7 dalam merealisasikan harapan fakulti dalam menggalakkan mahasiswa/i berkreatif dalam mencipta peluang dan melaksanakan aktiviti di peringkat fakulti di samping membantu masyarakat dalam setiap aktiviti dan program yang dijalankan.

Bait muslim yang diimpi-impikan oleh setiap muslim boleh bermula dari sini...ingin mendaftar??? Sila lihat iklan di atas.

Semoga Allah membalas niat baik kita bagi menghidupkan Bait Muslim sepertimana Rasulullah s.a.w anjurkan. Amalkan sunnah Rasulullah walaupun sekecil-kecil sunnah seperti menyimpan janggut pun da cukup besar pahalanya di sisi Allah di akhir zaman ini apatah lagi menyempurnakan separuh dari agama (kahwin)...

Ralat - Maaf kerana venue tidak dimasukkan ke dalam adv. di atas
Kursus akan dibuat di :-Dewan Kuliah Pusat 2
Kampus Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai

Wallahu'alam

Dinar Dan Dirham Kelantan Matawang Syariah

( Oleh Hajjah Nik Mahani Binti Mohamad –Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.)
 

Umat Islam di abad ini tahu dan sememangnya sedar bahawa kita telah kehilanggan pemerintahan Islam sejak jatuhnya Kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1924. Umat Islam menunggu akan hari datangnya suatu keadaan di mana umat Islam akan kembali bersatu dan membawa balik ‘daulah’Islamiyah.

Ramai yang berpendapat bahawa selagi kita belum dapat mewujudkan sebuah pemerintahan Islam maka persatuan ummah tidak dapat zahirkan. Terdapat banyak analisis tentang keadaan umat yang telah ditulis, pelbagai cadangan telah dikemukakan dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyatupadukan umat Islam tetapi umat Islam di abad ini masih belum dapat disatukan lagi. 
 

Dinar Emas Dalam Menyemarakkan Matawang Syariah


Jom sama-sama kita sertai. Insya'Allah segala usaha kecil kita ini untuk mengembalikan dan menegakkan Syariah Islam dibalas Allah kelak....Aamiin

Jangan Malu Untuk Berubah...Mulakan Dari Sekarang!!!!

Wallahu'alam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...