Diantara banyak nikmat yang Allah anugerahkan kepada manusia, ada satu nikmat yang paling berharga dan paling penting iaitu nikmat iman.
Iman ialah asas penting yang menjadi tapak tempat berdirinya peribadi mukmin Kalau manusia diibaratkan sebuah binaan (rumah)maka iman diibaratkan seperti tapak yang menegak dan mengukuhkan binaan(rumah) tersebut.
Iman ialah asas penting yang menjadi tapak tempat berdirinya peribadi mukmin Kalau manusia diibaratkan sebuah binaan (rumah)maka iman diibaratkan seperti tapak yang menegak dan mengukuhkan binaan(rumah) tersebut.
Allah Taala memuliakan seseorang yang memiliki iman walau sebesar zarrah dengan balasan syurga .Sebaliknya seseorang yang mati tanpa iman ia akan tinggal didalam neraka kekal selama lamanya.
Didalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda maksudnya.Allah swt akan memerintahkan pada hari pengadilan keluarkanlah dari neraka jahannam semua mereka yang berkata Laailahaillallah dan yang mempunyai iman walaupun sebesar zarrah didalan hatinya.
Di dalam hadis yang lain Rasullullah saw bersabda ."Sesiapa yang mengucap kalimah Laailahaillallah nescaya masuk syurga."
Iman itu nilainya syurga.Iman yang paling kecil iaitu sebesar zarrah dihargai oleh Allah Taala dengan syurga yang luasnya sepuluh kali dunia.
Rasullulah saw bersabda iman itu mempunya 70 cabang yang terafdhal ialah kalimah Laailahaillallah dan yang terendah ialah membuang duri (atau sesesuatu yang menggangu )dari jalan dan malu adalah cabang dari iman.
Iman pada sudut bahasa bererti percaya, manakala dari sudut ilmu tauhid diistilahkan sebagai berikrar dengan lidah, membenarkan di dalam hati dan membuktikannya dengan amalan segala ajaran Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Ringkasnya, iman mengandungi tiga unsur utama iaitu ucapan lisan, keyakinan hati serta pelaksanaan amalan dengan anggota badan.
Iman pada sudut bahasa bererti percaya, manakala dari sudut ilmu tauhid diistilahkan sebagai berikrar dengan lidah, membenarkan di dalam hati dan membuktikannya dengan amalan segala ajaran Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Ringkasnya, iman mengandungi tiga unsur utama iaitu ucapan lisan, keyakinan hati serta pelaksanaan amalan dengan anggota badan.
Ketiga-tiga unsur ini perlu digerakkan serentak, seiring dan bersepadu. Justeru, tidak boleh jika salah satu daripadanya dipinggirkan atau ketinggalan. Untuk mudah difahami, seseorang itu tidak dikatakan sempurna imannya jika lidahnya saja menyebut: "Tiada Tuhan melainkan Allah", tetapi hatinya seolah-olah tidak terasa kewujudan dan kebesaran Allah sebagai Tuhan yang Maha Pencipta. Dan tidak melaksanakan segala peritah Allah sebagai mana yang ditunjukan oleh rasuluulah saw..
Begitu juga tidak sempurna iman seseorang itu apabila amalan kehidupannya jauh menyimpang daripada panduan dan peraturan Allah swt.
Sudah menjadi sunnatullah,sesuatu yang berharga adalah susah untuk dicari dan dimiliki. Umpamanya mutiara atau intan berlian atau emas permata,manusia terpaksa berkorban nyawa ,menyelami lautan dan membelah bumi kerananya.
Iman melebihi nilai mutiara atau intan berlian.Untuk mendapatkanya juga perlu pengorbanan dan bermujahadah demi mencapai iman yang setingi tinginya.Apabila iman telah datang dalam diri dan menjadi kuat maka dengan izin Allah swt akan rasa mudah untuk taat seluruh perintah agama dan akan lahir dari dalam diri akhlak akhlak yang terpuji.serta Allah akan campakan dalam hati kemanisan iman.
Rasullulah bersabda tiga perkara yang barangsiapa memilikinya akan merasa manisnya iman. Barang siapa yang mencintai Allah dan rasullnya lebih dari selain keduanya,orang yang menyintai saudaranya semata mata kerana Allah dan orang yang enggan kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan ia dari kekufuran sebagaimana ia enggan untuk dicampakan kedalam neraka.
Allah swt menjelaskan tentang ciri ciri orang yang beriman didalam Al Quran:
"Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya jika kamu adalah orang yang beriman.sesungguhnya orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat ayat Al Quran bertambahlah keimanan mereka dan mereka terus menyerah diri kepada Allah.iaitu orang yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka itulah orang yang beriman dengan sebenar benar nya mereka akan beroleh beberapa darjat ketinggian disisi tuhan dan mendapat ampunan serta rezki(nikmat) yang mulia. (Al-Anfal 1-4)
Oleh kerana hebatnya arus gelombang dunia di akhir zaman ini ditambah lagi dengan adanya maksiat atau kemungkaran,suasana agama semakin hilang maka kekuatan iman dan cahaya nya juga semakin merosot.
Rasullullah saw bersabda:
"Iman akan menjadi lemah seperti pudarnya warna pada tekatan kain maka bermohanlah kepada Allah supaya Allah memberikan kekuatan iman."
Apabila seseorang melakukan dosa maka lahirlah dihatinya satu titik hitam.Sekiranya ia bertaubat dengan sebenar benar taubat maka tanda maka tanda hitam itu akan lenyap.jika tidak tanda itu akan terus kekal.Kemudian apabila ia melakukan lagi perbuatan dosa maka
lahirlah tanda yang ke dua demikian seterusnya dan akhirnya hatinya akan menjadi keras hitam.
Allah memperingatkan kepada orang yang beriman dengan firmannya:
"Wahai orang yang beriman peliharalah diri mu dan keluagamu dari azab api neraka".(Al Tahrim :6)
"Wahai orang orang yang beriman tetaplah beriman kepada Allah dan Rasulnya dan kepada kitab kitab yang diturunkan kepada rasulnya,serta kitab yang diturunkan sebelumnya.Barang siapa yang kufur kepada Malaikat malaikat nya,kitab kitabnya,Rasul rasulnya dan hari kemudian maka orang itu telah sesat sejauh jauh nya." (An-Nisa,'ayat 136.)
Turun naiknya darjat keimanan seseorang itu bergantung kepada orang yang memilikinya. Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Berpagi-pagi seorang mukmin, petang dia kafir, petang mukmin, malamnya kafir, malam mukmin siang atau subuh kafir".
Berikutan rahmat iman itu sungguh bernilai dan berharga, ia perlu dipelihara dan diperkuatkan ibarat bateri apabila lemah, ia tidak mampu menyumbangkan alat yang digunakan. iman juga perlu `dicas' atau diperbaharui dari semasa ke semasa sebagaimana Rasulullah saw sering mengajak sahabat memperbaharui iman dengan sabdanya bermaksud: `Marilah kita duduk sebentar untuk memperbaharui iman kita. Bertanya sahabat: Bagaimana cara hendak memperbaharui iman kita? Jawab Rasulullah, dengan mengucap kalimah Lailahaillallah.'
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda seseorang yang mengucapkan Lailahailllah akan banyak memberi faedah kepada orang ramai sekiranya ia tunaikan hak nya'Sahabat bertanya apakah hak kalimah itu ya Rasullullah .Jawab baginda: "Menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran".
Rasullulah telah menganjurkan kepada semua umat islam supaya menyampaikan seruan islam dengan sabdanya yang bermaksud: "Sampaikan dariku walaupun satu ayat"
Fiman Allah Taala:
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia kamu menyuruh berbuat kebaikan dan kamu melarang dari kejahatan dan kamu beriman kepada Allah." (Ali Imran:110)
Dalam menyampaikan seruan islam perlulah dengan cara hikmah dan kasih sayang semata mata mengharapkan keredhaanya.
Firman Allah swt:
"Serulah kepada Tuhan mu dengan hikmah dan nasihat nasihat yang baik dan berbahas lah dengan mereka dengan cara yang paling baik" (Al-Nahl:125)
Lantaran itu islam telah meletakan kasih sayang sebagai syarat kesempuranaan iman seseorang sebagaimana Rasullulah saw bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana ia tidak mengasihi saudara nya sebagiamana ia mengasihi dirinya sendiri."
Lantaran itu islam telah meletakan kasih sayang sebagai syarat kesempuranaan iman seseorang sebagaimana Rasullulah saw bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana ia tidak mengasihi saudara nya sebagiamana ia mengasihi dirinya sendiri."
Selain mengucap kalimah Lailahaillallah, iman juga boleh dipelihara dan dipertingkatkan dengan cara memperbanyakkan amalan sunat secara berterusan dan mujahadah (bersungguh-sungguh). Amalan yang mendekatkan diri kepada Allah seperti membaca Al- Quran, berzikir, bertasbih, bangun mengerjakan solat sunat pada waktu malam, bertafakur, memerhati dan meneliti kebesaran Allah, berpuasa sunat, menghampirkan diri dengan ulama, di samping tidak sekali-kali meminggirkan amalan wajib yang diperintahkan, Insya Allah boleh membantu ke arah itu.
Sesungguhnya kalimah shahadah menjadi syarat iman dan islamnya seseorang mengandungi erti dan maksud yang luas.Setinggi mana iman seseorang adalah bergantung pada setinggi mana keyakinan dan sebanyak mana tuntutanya yang ditunaikan Jika rahmat iman ini berjaya dipelihara dan disuburkan disusuli dengan melaksanakan amal amal yang soleh sesungguhnya ia mampu membentuk keunggulan peribadi seseorang insan juga sebagai jaminan untuk medapatkan keredhaan Allah serta kebahagiaan yang kekal di akhirat nanti.
Wallahua’lam
Allahumma sholli 'ala muhammad. Lailaha illallah Muhammadurrosulullah
ReplyDeleteGood blog! You have described in a nice way.
ReplyDeleteThanks for sharing this information.
kadkahwinonlinemalaysia