Saturday, February 20, 2010

Ucapan Dasar Yang Dipertua MPP 2009/2010

Berikut merupakan petikan penuh ucapan dasar Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010, Universiti Sains Islam Malaysia, Muhammad Hilmi Juhari.

Assalamualaikum Warahmatullahi wa barakatuh.

Y. Bhg. Dato’, Ladies and Gentlemen,

Here, today, history is being made.

I hope all of us have realized that we are part of history here. In this hall full of powerful and influential people, it is an absolute honor to be able to speak in front of a group of highly educated professionals in this country.

Allow me to quote a statement by Muhammad Ali.
“The man who views the world at 50 the same as he did at 20 has wasted 30 years of his life.”

I am humbly standing here today by the task before us, grateful for the trust that my fellow friends have granted me realizing at the same time an opportunity for us as students to be ready to lead our institution in the pursuit of excellence and its journey towards success.


Y. Bhg. Dato’ and members of the hall,

In conjunction with the 10 years of USIM’s establishment, USIM has garnered successes and achievements throughout its early years until the present. From then onwards, USIM has progressed rapidly achieving several milestones at national as well as international scale thus proving it self worthy to be comparatively competent like any other established public institutions in Malaysia.


That is why we would like to seize this golden opportunity to express our gratitude and appreciation to our former Vice Chancellor of USIM, Prof Dato’ Dr Abdul Shukor Hussin as the very first Vice Chancellor of USIM for leading us successfully up until this stage to where USIM is proudly standing today.
As the only public institution founded based on Islamic education, MPP of USIM gives its promise to place Islam as our main aspirations in our movement in line with what our Vice Chancellor of USIM who has envisioned and intended to make Islam to be the foundation of our university administration.
Therefore we have agreed to place the visions of MPP this year as “Progressing towards Developing Holistic, Dynamic and Well-rounded Graduates in Fulfilling The University’s Vision to be Competent at National and International Scale” with the intention of having Islam as the core value of our leadership.

In order to fully realize our vision, we have specified our goals into 4 main missions to be achieved throughout our session in 2009/2010. The missions are:

i. Excellence in knowledge and self- development
ii. Concern for the students’ welfare
iii. Leadership through examples
iv. Innovation and internalization as culture

Ladies and gentlemen, members of the floor,

This is our promise. This is our pledge. And though the road that unfolds before us seems endless and more challenging with each progressive year, we must never forget to remind ourselves of the real purpose we are here today:

To dedicate our lives to Him as His humble servants.

Let’s look ahead of us and never look back.
Our journey has just begun.

To err is human, to forgive divine.

Y.Bhg. Dato’ dan sidang hadirin sekalian,

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ialah badan perwakilan pelajar utama di kampus yang merupakan medan dan lapangan untuk mengasah bakat kepimpinan dan meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa/i nya.
Selain menjadi medium antara pihak universiti dan mahasiswa, MPP juga memainkan peranan utama dalam menggerakkan enam (6) Bidang Keberhasilan Utama (KRA) yang telah digariskan oleh pihak universiti. Sebagai sebuah badan utama yang mewakili suara mahasiswa/i di USIM, MPP berikrar akan memberikan khidmat yang terbaik kepada warga USIM amnya, dan pihak pentadbiran, tenaga pengajar dan mahasiswa/i khususnya. Justeru, kami barisan kepimpinan MPP sesi 2009/2010 bersedia untuk menggalas amanah yang diberikan dan memberikan komitmen yang tinggi dalam perkhidmatan sepanjang pelantikan sesi 2009/2010.

Sebagai satu-satunya sebuah universiti kerajaan yang berteraskan pendidikan Islam, MPP USIM berjanji akan menjadikan Islam sebagai aspirasi utama selaras hasrat dan impian Dato’ Naib Canselor yang meletakkan Islam sebagai teras pentadbiran universiti. Oleh itu, kami bersetuju untuk mengekalkan visi MPP yang sedia ada iaitu “
Memacu ke Arah Mahasiswa Holistik, Dinamik, dan Matang dalam Menyahut Hasrat Universiti serta Berdaya Saing di Arena Nasional dan Antarabangsa”, tanpa mengabaikan Islam sebagai teras utama kepimpinan.

Berpaksikan kepada slogan MPP “
Synergic, Responsive, Concern”, kami telah menterjemahkan slogan MPP pada sesi ini ke dalam 4 misi utama sepanjang pelantikan kami bagi sesi 2009/2010 ini. Misi yang telah digariskan sepanjang sesi 2009/2010 adalah seperti berikut :

1. Kecemerlangan Ilmu dan Pembangunan Sahsiah Diri
2. Cakna Kebajikan Mahasiswa
3. Kepimpinan Melalui Teladan
4. Budaya Inovasi dan Pengantarabangsaan

1. Kecemerlangan Ilmu dan Pembangunan Sahsiah Diri

Firman Allah S.W.T. dalam Al-Quran :

اقرأْ باسم ربك الذي خلق }۱{خلق الإنسان من علق}۲{اقرأْ وربك الأَكرم } ٣{
الذي علم بالقلم}٤ { علم الإنسان ما لم يعلم }٥{

Ertinya :
Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan tuhanmulah yang Paling Maha Pemurah.Yang mengajarkan (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-A’laq : 1-5)

Menyedari hakikat kepentingan ilmu, MPP USIM komited menekankan budaya ilmu dalam membantu pihak universiti untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang secara holistik. Justeru, kami berhasrat untuk membudayakan intelektual mahasiswa USIM melalui seminar, konvensyen, diskusi ilmiah dan sebagainya agar dapat membuka kerangka pemikiran mahasiswa USIM ke arah mendepani isu semasa.

Kami yakin dan percaya, kecemerlangan ilmu bukan sahaja diukur melalui nilai akademik sahaja bahkan penerapan pembangunan sahsiah diri. Oleh itu, kami mengambil langkah maju setapak ke hadapan dengan menegaskan bahawa kefahaman terhadap tuntutan ilmu dan pengaplikasian amat penting dalam melahirkan cendekiawan Islam dan graduan yang dinamik sejajar harapan universiti.

Dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara, MPP USIM berhasrat melahirkan mahasiswa yang cemerlang akademik dan mempunyai sahsiah yang terpuji. Kesepaduan antara ilmu dan sahsiah diri amat penting dalam melahirkan kepimpinan negara di masa hadapan sekaligus mengangkat nama USIM gah di mata negara dan antarabangsa.

2. Cakna Kebajikan Mahasiswa

Sebagai sebuah badan pelajar yang menjadi perantara antara mahasiswa dan pengurusan universiti, MPP merupakan platform terbaik untuk mereka menyuarakan pandangan dan hasrat kebajikan mereka. Namun demikian, MPP USIM akan menganalisis isu-isu kebajikan mahasiswa secara matang berdasarkan situasi semasa ekonomi.
Walau bagaimanapun, ianya bukanlah penghalang sebaliknya di lihat sebagai peluang untuk kami berbakti kepada universiti. Cabaran yang wajar digalas oleh barisan kepimpinan MPP sesi 2009/1010 ialah kemampuan mengubah kerangka pemikiran mahasiswa/i ke arah penekanan terhadap kebajikan bermula dalam diri sendiri.

Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran berbunyi :

إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم

Ertinya :
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri. (Ar-Ra’d : 11)

Y.Bhg. Dato’ dan hadirin sekalian,

Untuk merealisasikan agenda ini, pendekatan berlapang dada dan minda yang positif perlu disemai dalam jiwa dan sanubari warga mahasiswa USIM secara keseluruhannya. Kami berhasrat meneruskan legasi kerjasama sedia ada dengan merangka pelan yang strategik bagi mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan universiti, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan badan-badan serta kelab dalam memastikan soal kebajikan mahasiswa dapat ditangani secara bersama.
Sehubungan itu, kami juga bersetuju untuk mengekalkan Portfolio Exco Perwakilan Khas Pandan Indah dalam memfokuskan kebajikan mahasiswa/i di kampus Pandan Indah serta perubahan portfolio Exco Kebajikan kepada Exco Kebajikan dan Pembangunan Komuniti. Adalah diharap, usaha murni ini disokong oleh seluruh warga USIM bagi melahirkan modal insan yang berbakti dan berjasa kepada negara.

3. Kepimpinan Melalui Teladan

Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran yang berbunyi :

وإذْ قال ربك للملائكة إني جاعل في الأرض خليفةً قالوا أَتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الدماء ونحن نسبح بحمدك ونقَدس لك قال إني أَعلم ما لا تعلمون
Ertinya : Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
(Al-Baqarah : 30)

Peluang menduduki tempat dalam Majlis Perwakilan Pelajar dianggap sebagai suatu cabaran dan kewajipan dan bukannya keistimewaan. Sejarah dahulu telah mengajar kita supaya memberi penekanan terhadap dakwah dalam misi sebuah kepimpinan.
Sebagai contoh, Nabi Muhammad sendiri merupakan seorang ketua negara Madinah yang mana dengan menjadi pemimpin kepada negara itu, maka mudah untuk menjalankan aktiviti dakwah sebagai matlamat perjuangan. Kita harus sedar dakwah dan kepimpinan merupakan dua elemen penting yang tidak dapat dipisahkan dan mesti dilakasanakan.
Kepimpinan yang disandarkan kepada keutamaan akan menatijahkan perancangan, pengurusan dan output yang berkesan. Oleh yang demikian, dengan profesionalisme gerak kerja, kematangan tindakan dan kebersusunan perancangan, saya akan memastikan barisan kepimpinan MPP pada sesi ini menekankan perkara-perkara berikut :

a. Menyebarkan dakwah serta mewujudkan biah solehah
b. Bersikap tegas kepada prinsip.
c. Mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerja.
d. Mempunyai keyakinan diri dan tenang menghadapi masalah
e. Berpandangan jauh - proaktif dan bukan reaktif.
f. Berpengetahuan, berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang tertentu.


Dalam misi kepimpinan ini juga, kami menggalakkan mahasiswa untuk terlibat dalam aktiviti kelab dan persatuan sejajar dengan penekanan kemahiran insaniah atau ‘softskill’ oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kita perlu akur bahawa mahasiswa yang hebat bukan hanya lahir daripada dewan kuliah semata-mata, tetapi mereka yang boleh mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan sehari-hari.

Y.Bhg. Dato’ dan Sidang Hadirin Sekalian,

4. Budaya Inovasi dan Pengantarabangsaan

Pada 25 Julai 2009, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili ketika menghadiri Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) di Munyoyo Commonwealth Resort di Kampala telah berhasrat untuk menjadikan tahun 2010 sebagai Tahun Inovasi Negara.
Untuk menyahut hasrat dan seruan kerajaan, mahasiswa perlulah memainkan peranan utama dalam melahirkan idea yang kreatif dan kritis dalam mencipta inovasi baru. Selain itu , melihat kepada matlamat universiti untuk melahirkan graduan yang berdaya gaji dan mempunyai ketahanan diri yang tinggi, aspek inovasi haruslah diberikan penekanan. Cabaran bajet yang berkurang bukanlah menjadi halangan dan kekangan untuk kita melaksanakan misi inovasi dan pengantarabangsaan untuk terus maju ke hadapan.

Kejayaan MPP sesi 2008/2009 yang diterajui oleh Saudara Muhammad Alif Bin Ismail, yang telah menjejakkan kaki di Tanah Besar China telah dijadikan tanda aras kami untuk meneruskan misi pengantarabangsaan pada sesi kali ini.
Sesungguhnya impak positif daripada lawatan tersebut telah digunakan dalam merencana idea dan pendekatan lebih segar dalam memastikan MPP berfungsi sebagai platform terbaik suara mahasiswa. Tahniah dan syabas diucapkan kepada MPP sesi 2008/2009. Inilah yang menjadi pendorong kepada MPP sesi kali ini untuk melebarkan sayap jaringan kerjasama USIM khususnya MPP sekaligus membawa jenama USIM di peringkat antarabangsa.

Y.Bhg. Dato’ dan hadirin sekalian,

Di kesempatan ini, kami ingin mengambil peluang mengucapkan syabas dan tahniah kepada Y.Bhg. Professor Dato’ Dr. Muhamad Bin Muda atas pelantikan sebagai Naib Canselor USIM yang kedua.
Semoga pentadbiran Y.Bhg. Professor Dato’ dinaungi rahmat dan diberkati Allah. Akhirnya, kami amat mengharapkan kerjasama jitu daripada pihak pentadbiran universiti, Bahagian HEP, kepimpinan mahasiswa dan mahasiswi khususnya dalam mencapai aspirasi dan wawasan universiti.
Sebelum mengakhiri kalam, kami barisan kepimpinan MPP memohon agar diberikan kerjasama dan peluang untuk kami melaksanakan visi dan misi pentadbiran pada sesi ini. Masa depan kita adalah cermin diri kita, jadi kita berhak menentukannya. Marilah kita menanam tekad untuk kita berhijrah minda dan budaya.
Semoga rahmat dan pertolongan Allah sentiasa berada di sisi kami dalam setiap langkah dan tindakan yang dilakukan. Segala yang baik datang daripada Allah dan segala kekurangan daripada kesilapan diri kami yang tidak disengajakan. Saya memohon maaf atas salah dan silap sepanjang menyampaikan ucapan ini.


Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...