Sunday, February 21, 2010

“Inilah Yang Kami Tunggu-Tunggu”





Oleh : Nur Hazwani, Marianita, Siti Baizura, Nurul Faddila
USIM TODAY 

   

     Nilai – “inilah yang kami tunggu – tunggu”, begitulah luahan seorang pelajar Universiti Sains Islam Malysia (USIM) setelah bangunan asrama yang terbengkalai hamper enam tahun mula dibina semula.

      Projek pembangunan kolej kediaman yang tertangguh itu telah dijalankan semula pada 1 Julai 2009 lalu yang akan menempatkan para pelajar di dalam kampus. Ini akan memudahkan para pelajar menghadiri kelas dan melakukan aktiviti kokurikulum.

     “Jika melihat sejarah USIM ini, sebenarnya berjalan serentak tetapi disebabkan ada kekurangan bajet, projek itu tergendala. Jadi, kita membaikpulihkan semula projek pembinaan tersebut yang mana satu-satunya projek yang tertangguh adalah pembinaan kolej kediaman pelajar.”, Ulas Jurutera Awam Unit Pembangunan USIM, Encik Shahrin Amri bin Jahari.

      Menurutnya lagi, mengikut pada perancangan asal, empat zon kolej kediaman akan dibina. Pembinaan kolej kediaman bagi zon satu sedang dalam proses perlaksanaan yang mana projek itu sudah tertangguh selama 5 hingga 6 tahun sejak tahun 2003 lagi.

      Projek pembinaan asrama dijangka siap pada 21 September 2010. Setiap zon bangunan boleh menampung hamper 1000 pelajar sahaja. Kedudukan pelan asrama berdekatan dengan Hal Ehwal Pelajar (HEP), bangunan Canselori, Perpustakaan, Pusat Komersil (PK) dan Pusat Kesihatan merupakan berita gembira bagi pelajar yang selama ini mengimpikan kemudahan yang lengkap disekitar kampus.

     Sekiranya bangunan asrama siap dibina di dalam kawasan kampus, USIM telah berjaya melaksanakan impian pelajar dan selaras dengan Rancangan Malaysia (RMK) 9 bagi menjayakan projek zon ke-2 mengikut bajet yang diluluskan agar USIM bergerak seiring dengan perkembangan ekonomi yang bertambah pesat dan pembangunan yang maju di persada antarabangsa.     

 

Komen Penulis Blog : Penulis mengharapkan agar mahasiswa – mahasiswi mendoakan kemudahan yang disediakan di USIM berjalan lancar seperti yang dirancang pada peringkat awal. Mudah-mudahan segala usaha murni pihak Universiti membuahkan hasil yang boleh dituai oleh semua mahasiswa-mahasiswi.

Sekian.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...