Saturday, February 20, 2010

Ramah Mesra Bersama Pelajar Tamhidi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Jumaat,19 Februari 2010- Majlis Perwakilan Pelajar(MPPUSIM sesi 09/10) telah mengadakan satu pertemuan ramah mesra bersama pelajar-pelajar Tamhidi di dks 1.6 FKP. Pertemuan tersebut diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan MPP sesi 2009/2010 yang baru di lantik di samping beramah-mesra bersama para pelajar tamhidi. Pertemuan yang singkat tersebut telah digunakan dengan sebaik-baiknya oleh pelajar-pelajar untuk mengajukan permasalahan dan kesulitan yang timbul kepada MPP. Menurut Ali Imran,pelajar tamhidi sains biotech, pertemuan dengan mpp merupakan satu peluang yang amat baik kepada pelajar tamhidi untuk mengenali mpp dengan lebih rapat dan memberi peluang untuk menyuarakan pendapat dan pandangan. Beliau juga melahirkan hasrat supaya mpp kali ini dapat mengadakan program yang terbaik dan bermanfaat kepada semua mahasiswa/i di USIM.



**Para Pelajar khusyuk mendengar taklimat yang di sampaikan**



** Antara aksi yang sempat dirakamkan oleh krew media mpp sewaktu sesi soal jawab**


P/S: Akhir kalam, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar tamhidi di atas kerjasama yang diberikan dan selamat maju jaya!!!

wallahu'alam

Disediakan oleh:
Mohd Hanif Hazahari
Exco Penerangan dan Multimedia

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...