Saturday, February 20, 2010

Forum Suara Siswa

Dadah: Siswa Antara Penagih Tegar?
Menurut rekod, sehingga penghujung Disember 2009, seramai 15,736 penagih telah dikesan menagih dadah. Seramai 12,281 adalah di kalangan usia 13 tahun hingga 39 tahun, dan mereka semestinya daripada golongan belia!

Daripada jumlah tersebut, peratus golongan berkenaan yang terbabit dalam kes penagihan dadah adalah sebanyak 78%. Manakala statistik DADAH 2009 yang dikeluarkan oleh AADK, seramai 19 orang yang ditahan adalah pemegang ijazah, 60 orang memiliki diploma manakala 751 orang berkelulusan sijil kemahiran. Itu yang direkod dan tertangkap. Bagaimana pula mereka yang terlepas?

Benarkah Siswa kini rakan kepada DADAH? Di manakah silapnya? Adakah siswa sudah hilang pertimbangan untuk mengambil jalan ringkas kononnya untuk berseronok, untuk melepaskan masalah dan ada juga yg menyatakan alasan untuk berjaga malam kerana ingin belajar?

Di manakah pegangan agama mereka? Di manakah ibu bapa dan keluarga mereka? Di manakah kawan-kawan yang dapat membantu? Di manakah letaknya ilmu yang mereka pelajari di menara gading yang menggambarkan mereka tinggi IQ yang mampu menilai intan atau kaca?

Ia bukan dengan asyik menuding jari menyalahkan Kerajaan, Kementerian dan NGO yg berkaitan, tetapi apa usaha mahasiswa di luar sana dalam membendung gejala ini? Bukan asyik sekadar menuduh dan mencari salah. Tetapi apa usaha kita sebagai mahasiswa dalam membantu siswa yang terjebak ini.
Bagaimanakah cara dan jalan penyelesaiannya?

Gejala masalah sosial yang semakin mengundang musibah. Kita rungkaikan bersama dalam mengungkap seribu persoalan mencari jawapan dan penyelesaian, hanya dalam Suara Siswa!



16 FEBRUARI 2010 (SELASA)
10 MALAM
TV1

Ahli-ahli panel:
1. Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK)
2. Naib Yang Dipertua MPP USIM (Abdullah Long)
3. Yang Dipertua MPP UPM
4. Timbalan Yang Dipertua MPP UNITEN

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...