Saturday, June 26, 2010

Kenali Penyanyi Lagu "Waving Flag", K'naan...


K’naan dilahirkan di Somalia pada 1 Februari 1978. Nama penuhnya ialah Keinan Abdi Warsame (كنعان عبدي ورسم ) . Menghabiskan masa kecilnya di Mogadishu dan tinggal di situ sepanjang ‘Somali Civil War’ yang bermula pada tahun 1991.

Makciknya, Magool adalah salah seorang penyanyi tersohor di negara kelahirannya itu. Manakala datuknya pula, Haji Mohammad adalah seorang penyair.

K’naan datang dari sebuah keluarga Islam dan namanya Keinan bermaksud ‘pengembara’ dalam bahasa Somalia.

Dia menghabiskan masa awal hidupnya dengan mendengar lagu-lagu hip-hop yang dihantar oleh bapanya dari Amerika. Bapanya telah pun meninggalkan Somalia lebih awal.

K'naan: "Waving Flag" Merungkai Sebuah Penderitaan


Sebuah luahan dan rintihan penduduk bumi Afrika tentang kesusahan hidup mereka dan penjajahan yang berlaku ke atas mereka. Mari kita hayati bersama kesusahan hidup mereka melalui lagu dendangan K’naan ini:


When I get older, I will be stronger
They’ll call me freedom, just like a Waving Flag

When I get older, I will be stronger
They’ll call me freedom, just like a Waving Flag
And then it goes back, and then it goes back
And then it goes back

Born to a throne, stronger than Rome
But Violent prone, poor people zone
But it’s my home, all I have known
Where I got grown, streets we would roam

Tuesday, June 22, 2010

History Of Rothschild Family...


Jika membincangkan soal konspirasi Yahudi dan sejarahnya, kita tidak boleh lari dari membicarakan tentang peranan penguasa ekonomi dunia iaitu House of Rothschild.

House of Rothschild penting untuk dibicarakan dalam menyelidik konspirasi-konspirasi ciptaan Illuminati kerana House of Rothschild adalah penyumbang utama kewangan untuk Illuminati yang dibangunkan Adam Weishaupt pada 1776.

Tanpa bantuan kewangan dari House of Rothschild, Weishaupt tidak dapat menjalankan kerja-kerja mengembangkan sayap Illuminati yang baru ditubuhkan itu.

Dalam proses permulaan melebarkan sayap Illuminati, Weishaupt memerlukan peruntukan yang cukup untuk menampung kos-kos berikut;

·         1. Tambang perjalanan dari Jerman ke negara-negara Eropah lain
·         2. Cetakan risalah-risalah propaganda dan buku-buku kerja
·         3. Kos-kos alat tulis untuk mesyuarat di lodge-lodge di seluruh Eropah.

Goldman Sachs & Rothschild Kini Di Malaysia..!!




Sesuatu yang perlu diketahui oleh ahli ekonomi Malaysia ialah penyebab kejatuhan ekonomi Greece baru-baru ini adalah berpunca dari Goldman Sachs. Apakah Malaysia mahu perkara itu terjadi di negara ini?

Goldman Sachs memang sangat berpengaruh dalam penguasaan keputusan-keputusan ekonomi peringkat kerajaan. Mereka mampu membuli pelabur dan bank-bank tempatan mengikut dasar-dasar zionis mereka tanpa sebarang ancaman.

Di Amerika sahaja kita dapat melihat bagaimana Lehman Brothers yang dikatakan gergasi ekonomi dunia boleh mengikut arahan Lloyd Blankfein (CEO Goldman Sachs) agar memindahkan semua dana bantuan USD5 billion yang diperoleh dari kerajaan Amerika kepada Kementerian Pertahanan Israel.

Kenali Anak-Anak Syaitan...


Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih memberi peluang kepada kita hidup di atas muka bumiNya serta masih lagi memberikan dua nikmat yang paling besar iaitu Iman dan Islam. Hari ini kita berbicara sedikit tentang satu makhluk Allah yang sesat lagi menyesatkan yang mana telah berjanji kepada Nya untuk memesongkan aqidah dan fitrah sebenar manusia sampai hari kiamat, tak lain dan tak bukan ialah syaitan laknatullahi a'laih .

Ramai yang masih tidak tahu jenis-jenis musuh kita ini. Bagi menangkis fitnah dan dugaan yang telah direncanakan musuh, seharusnya kita terlebih dahulu mengenali mereka serba sedikit. Mari kita teliti kata-kata Khalifah ke-2 umat Islam tentang anak-anak syaitan yang menyesatkan manusia.

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

Sunday, June 20, 2010

Hosni Mubarak Penipu Besar..!!


Tidak Pernah Buka Sempadan

MARANG – Misi Gaza Yayasan Amal untuk menghantar bantuan kemanusiaan melalui jalan Refah, menghadapi jalan sukar untuk masuk ke Semenanjung itu apabila mendapat maklumat sebenarnya apa yang berlaku di sana.

Misi tersebut menjadi buntu kini, apabila hakikat sebenarnya, kerajaan Mesir yang dipimpim oleh Hosni Mubarak, tidak pernah membuka sempadan Gaza di Refah.

Setiausaha Misi, Mohd Fauzi Abu Samah ketika dihubungi Buletinonline berkata, misi Yayasan Amal masih berada di Kaherah dan belum boleh memasuki Gaza.

"Sebenarnya Mesir tak buka pun SEMPADAN, sekadar gimmik sahaja.....Takut Dunia marah dan salahkan dia....hakikatnya...., Memang tak buka , bahkan semakin sukar utk masuk dgn peraturan2 baru pulak,"kata Fauzi melalui hubungan Internet dengan Buletinonline jam 8.24 malam tadi.

Thursday, June 17, 2010

Yahudi Di Malaysia...Singkirkan mereka...!!!!!


Salam Ikhwan untuk sahabat-sahabat semua, ini adalah sebuah artikel pendedahan  tentang penglibatan Israel secara serius dalam negara kita walaupun ramai yang masih keliru dan tidak mengetahuinya. Sedikit demi sedikit mereka memasukkan jarum-jarum nista mereka ke dalam negara-negara Islam.

Dimanakah pemimpin-pemimpin kita yamg melaungkan slogan anti Israel serta embargo ke atas Israel tetapi masih membenarkan sebuah bank Zionis yang banyak membantu negara Israel berpijak di tanahair kita, Malaysia.

Apakah kita sanggup menggadaikan maruah Islam semata-mata memikirkan aspek keduniaan sahaja dalam bentuk pelaburan yang dibuat mereka? Apakah kita sanggup melihat rakyat Palestin dibantai tanpa belas kasihan sedangkan kita masih bersekongkol dengan Yahudi dan Israel laknatullah?

Inilah buktinya mereka berada di tengah-tengah kita sekarang…..

Calon Ideal Buat Mu....*(^_^)*


Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

Kuat agamanya.

Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.


Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.


Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

Wednesday, June 16, 2010

8 Petanda Dia Adalah Jodoh Kamu...Betul Ke??


Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Monday, June 14, 2010

Info Tentang Bulan Rejab Dan Kebenarannya...



Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi syukur kepada Allah atas nikmat Iman dan Islam. Hari ini sudah tibalah bulan Rejab yang dinanti-nanti oleh hamba-hambaNya yang benar-benar mencari redhaNya, iaitu salah satu bulan Haram dalam Islam selain Muharram, zulqaedah dan zulhijjah. Insya'Allah kita termasuk dalam kalangan yang dijanjikan syurga Allah, amin.

Terlebih dahulu, marilah sama-sama kita kenali serba sedikit perihal bulan Rejab. Semoga boleh menjadikan input yang berguna untuk kita semua berkongsi ilmu dan beramal dengannya. 

PENGENALAN

1. Rejab ertinya “Mulia”. Bulan Rejab adalah bulan mulia. Ia diberi nama sedemikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu: -

(i) Tanggal 1hb Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai qurban.

(ii) Tanggal 1hb Rejab mereka akan membuka pintu Ka’abah siang dan malam agar dapat beribadah dengan sepuasnya.

(iii) Tanggal 10hb Rejab mereka kembali menyembelih qurban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya Islam.

(iv) Bulan diharamkan berperang, setelah datangnya Islam amalan ini juga telah dibatalkan.

Saturday, June 12, 2010

Amalkan Qunut Nazilah Di Saat Genting Ini..!!



أللهم إنا نجعلك فى نحور أعداإنا
ونعوذبك من شرورهم

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka Ya Allah,

اللهم بددشملهم وفرق جمعهم 
وشتت كلمتهم وزلزلاقدامهم
وسلطعليهم كلبامن كلا بك

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian merekaDan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka 

Friday, June 11, 2010

Jamadil Akhir Hampir Menutup Tirainya...


Pejam celik pejam celik, kita dah menghampiri penghujung Jamadil Akhir. Sebagai seorang muslim, kita patut mengetahui bulan-bulan Islam dan bukan hanya mengetahui bulan-bulan Masihi sahaja. Sebelum Rejab datang menjengah kita, eloklah kita mengetahui dahulu serba sedikit perihal tentang bulan Jamadil Akhir.

Pengertian

Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi kedapatan di sana-sini.

Fakta Penting Tentang Nuklear....


128,000 butir… dianggarkan kepala peledak peluru nuklear di bina di seluruh dunia sejak 1945.

AS$3.5 trillion… dibelanjakan AS antara 1940-1945 dalam pembabitan peperangan nuklear.

AS$2.2 billion… harga sebutir bom B-2 (21 butir mendapat kebenaran pembikinannya oleh pihak kerajaan).

AS$2.5 billion… harga bagi ketahanan sebutir bom B-2.

Peperangan nuclear boleh mengakibatkan perubahan cuaca global dalam tempoh 8 hingga 10 tahun lamanya.

Cuaca boleh menurun lebih dari 10`C akibat peperangan nuklaer.

Sepanjang tempoh 60 tahun taraf yang ditetapkan bagi sesuatu pendedahan kepada radiasi telah menurun dari 30 rems setahun pada 1934 kepada 5 rems setahun pada 1987 setelah kaji selidik dijalankan keatas kesihatan lebih difahami.

Subuh Yang Terakhir....


Hatiku merintih pilu menghadap Tuhan :-

AKU BIMBANG….SANGAT BIMBANG….
ISYA’ MASUK…AYAH KE SURAU MENYEMBAH ALLAH S.W.T.

AKU DEPAN TELEVISYEN MENONTON AKADEMI FANTASIA….
AYAH BERTASBIH, BERTAHMID….BERZIKIR MEMUJI TUHAN YANG MAHA ESA.

AKU TERJERIT….MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA2….
AYAH MENGGUNAKAN MASA MENCARI KEREDHAAN TUHAN…

TAPI AKU MASIH BERFOYA2 SEPERTI NYAWAKU MASIH LAGI PANJANG…
KALAULAH ESOK SUBUH IZRAIL DATANG BERTANDANG…

BAGAIMANAKAH NASIB DIRIKU….SETELAH DUNIA AKU TINGGALKAN???

Fikir-fikirkan lah.......!!!!!

Khutbah Rasulullah S.A.W Tentang Dajjal...



Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal."

Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.

Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

Mari Amalkan 10 Surah Anjuran Rasulullah S.A.W


SURAH AL-FATIHAH


Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

Kehebatan Tenaga Atom Dan Nuklear Petanda Keagungan Tuhan


Udara yang kita gunakan bagi bernafas adalah terdiri daripada atom. Begitu juga makanan dan minuman juga terdiri daripada atom bahkan segala-galanya dalam tubuh manusia itu sendiri terdiri daripada atom. Segala objek yang kita lihat di sekeliling kita juga sebenarnya adalah proton yang bertindak balas pada elektron milik atom di dalam mata kita.

Bagaimana pula dengan benda yang kita sentuh dan rasa? Semuanya sama. Tidak kira sama ada ia keras ataupun lembut, kasar ataupun licin, sejuk ataupun panas, semuanya terdiri daripada atom dalam kulit kita yang bertindak balas dengan atom pada setiap objek-objek itu.

Banyak orang mengetahui tubuh badan mereka, planet bumi, galaksi bahkan seluruh pelusuk alam terdiri daripada sejumlah atom-atom kecil. Namun mereka mungkin tidak pernah terfikir berkenaan sistem dan kekukuhan unsur paling asas pada setiap benda iaitu ‘atom’.

Faedah Dan Kehebatan Tenaga Nuklear...


Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam yang menciptakan segala sesuatu atas kehendak dan kuasaNya. Selawat dan salam atas junjungan besar Rasul akhir zaman, Muhammad s.a.w. Salam juga atas keluarga dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan para dua’a yang terus menyebarkan dakwah dan menyambung warisan para rasul dan para nabi terdahulu.

Tahu atau tidak, sekarang isu global yang sering diperbincangkan di pihak meja bulat PBB ialah senjata nuklear. Telah digembar-gemburkan oleh Amerika dan sekutunya bahawa Tehran ingin memiliki salah satu teknologi tercanggih dunia iaitu senjata nuklear.

Walaupun pada hakikatnya, Tehran hanya ingin membangunkan teknologi nuklear untuk kesejahteraan rakyatnya dan penjanaan tenaga elektrik untuk negaranya. Media barat memomok-momokkan kejahatan Islam dan keganasan Islam di seluruh dunia sebagai suatu faktor yang membolehkan mereka menghalang negara-negara Islam menguasai salah satu teknologi penting ini.


Bagaimana Mendidik Anak-Anak Menurut Islam...


Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

Friday, June 4, 2010

Jom Kita Lawan Facebook!!!!!

Jaringan untuk Muslim dan Non Muslim yang cintakan kedamaian


Satu laman web rangkaian sosial popular iaitu Millatfacebook diperkenalkan bertujuan untuk mewujudkan kesejahteraan hidup orang Muslim tanpa sebarang penghinaan ke atas Islam.

Persis rangkaian sosial popular Facebook, Millatfacebook dibina oleh sekumpulan rakyat Pakistan dan merupakan laman web rangkaian sosial pertama negara itu.

Semuanya bermula apabila seorang pengguna Facebook menganjurkan satu pertandingan ‘Hari Melukis Gambar Nabi Muhammad’.

Pertandingan yang diilhamkan oleh seorang kartunis Amerika Syarikat (AS) itu kononnya bertujuan ‘menggalakkan kebebasan bersuara’ telah dilihat oleh umat Islam sebagai menghina agama Islam.

Tindakan tersebut sekaligus menimbulkan kemarahan rakyat Pakistan, malah umat Islam di seluruh dunia.

Koordinator Millatfacebook, Salman Ahmed berpendapat, Facebook sangat popular kerana dua sebab iaitu ia menjadi tempat di mana orang dengan mudah menyalahgunakan hal-hal sulit dan peribadi mereka dan kedua, ia memiliki unsur-unsur berat sebelah dan 'menentang' persamaan hak.

“Saya berkata demikian kerana pada sebelah tangan isu-isu berkaitan Holocaust tidak boleh dibincangkan tetapi pada sebelah tangan yang lain perasaan umat Islam boleh terus disakiti dengan pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad. "Walaupun beribu-ribu aduan telah dibuat terhadapnya (pertandingan karikatur Nabi Muhammad), namun pihak pengurusan Facebook tidak memadam atau mengharamkan halaman itu," katanya.

Halaman Facebook yang menghina Islam itu telah menarik lebih 105,000 peminat dengan paparan lima muka surat yang mengandungi lakaran kasar serta karikatur Nabi Muhammad.

Islam melarang sebarang lukisan yang menggambarkan Nabi Muhammad dan menganggapnya sebagai kufur.

Salman menjelaskan, sebab pihak pengurusan Facebook tidak mengharamkannya kerana ia adalah propaganda kebencian terhadap Islam dan jelas sekali mereka berselindung di sebalik propaganda kebebasan bersuara.

Malah, beliau mempersoalkan tidakkah mereka mempunyai idea tentang sebesar mana sayangnya dan penghormatan orang Islam terhadap Nabi Muhammad.

“Dan percubaan bodoh ini hanya akan menyatukan kami umat Islam sebagai satu umah dan ini menunjukkan betapa kami begitu serius tentang bagaimana untuk mempertahankan serangan-serangan itu,” ujarnya.

Salman mendakwa, Facebook menjana perolehan sebanyak 47 hingga 50 peratus daripada umat Islam dan kira-kira 10 hingga 12 peratus daripada jumlah itu adalah dari Pakistan.

Millatfacebook telah diperkenalkan oleh sekumpulan enam profesional muda teknologi maklumat (IT) dari Lahore, sebuah bandar budaya di Pakistan.

Setakat ini, laman berkenaan mempunyai keahlian kira-kira 64,714 individu dari seluruh dunia.

Fungsinya menyamai Facebook sedia ada yang mempunyai ‘wall’ untuk rakan-rakan bagi membolehkan mereka memberi komen.

Ia turut menawarkan kemudahan lain seperti emel, gambar, video, ruang sembang dan perbincangan.

Salman berkata, Millatfacebook adalah alternatif kepada Facebook dan ia direka menyamainya dari segi ciri-ciri dan kemudahan lain.

“Ia adalah untuk semua, malah sesiapa sahaja dari mana-mana agama tanpa sebarang penghinaan terhadap agama dan perkauman boleh menjadi ahli,” katanya.

Detikdaily.com


Komen Penulis :-

Dewasa kini, Islam sewenang-wenangnya dipersendakan oleh Yahudi dan sekutunya. Sebagai Muslim yang cintakan agamanya, kita perlu bertindak segera agar persendaan ini boleh kita hentikan.

Ketika mana kita sedang enak dibuai mimpi, umat Islam di Palestin teraniaya di'anjing-anjing kan oleh yahudi.

Sahabat-sahabat kita di sana terkapai-kapai lemas dalam penindasan Israel, mereka merayu kepada dunia supaya penindasan itu dihentikan tetapi kita masih berdiam diri dengan sikap kita bangsa 'penakut' yang kononnya lemah-lembut.

Sahutlah seruan jihad walau dengan apa cara sekalipun.....

Hentikanlah persengketaan antara kita dan bangunkan kembali semangat persaudaraan yang dibina ketika Muhammad s.a.w berada di Madinah....

Bina kembali semangat ikwanul muslimin yang dibangunkan oleh Imam Hasan Al-Banna.....Hanya dengan semangat itu, kita mampu melawan segala penindasan mereka.

Kini, beberapa ikhwan kita telah membangunkan perisian social networking khusus untuk umat Islam dan bukan Islam yang cintakan keamanan.

Sahutlah ia dengan tangan terbuka dan tinggalkan segala ideologi-ideologi zionis yang menghakis iman dan taqwa kita kepada Allah.

Salam Ikhwan

Wallahua'lam

Misi Bantuan Ke Palestin Diserang Israel....

Mavi Marmara diserang unit komando Israel


KL JUN 3, 10: “Saya hanya ingat mati dan berserah kepada Allah sebaik saja cahaya laser senjata seorang unit komando tentera laut Israel dihalakan tepat ke dahi saya,” kata Ashwad Ismail, 25, wartawan Astro Awani ketika dihubungi sejurus melepasi sempadan Israel-Jordan, semalam.

Beliau antara 12 rakyat negara ini terselamat dalam serangan komando rejim Zionis pada Ahad lalu terhadap kapal Turki, Marvi Marmara yang membawa misi bantuan kemanusiaan bersama kira-kira 700 anak kapal lain ke Semenanjung Gaza untuk penduduk Palestin. Ashwad berkata dalam kejadian jam 4.15 pagi waktu Turki itu, dia dimaklumkan serangan tentera Israel membabitkan 19 bot komando, empat kapal perang, tiga helikopter dan tiga kapal selam.

“Ketika itu saya bersama jurukamera saya (Shamsul Kamal Latip, 38) dan beberapa sukarelawan lain berada dalam bilik rehat di tingkat tiga kapal. Kami terdengar tembakan bertubi-tubi dan letupan, menyebabkan masing-masing bertempiaran lari menyelamatkan diri.

“Ketika itu saya terpisah dengan Shamsul Kamal, tetapi saya masih mengambil gambar kejadian dengan kamera digital milik saya. Saya menuju bahagian belakang kapal dengan harapan bersembunyi, tetapi langkah saya terhenti apabila menyedari pancaran laser merah dihalakan tepat ke dahi saya oleh komando Israel.

“Anggota komando Israel itu merampas semua barang saya hingga tinggal sehelai sepinggang sebelum mengikat tangan saya dan semua tawanan lain dengan tali kabel. Saya diarahkan berkumpul bersama anak kapal lain yang ditahan. Kami diarahkan duduk dalam beberapa kumpulan di lokasi berasingan dalam kapal,” katanya.

Menurutnya, kebimbangan maklumat mengenai serangan kapal misi keamanan itu bocor kepada umum menyebabkan tentera Israel sanggup merampas apa saja peralatan komunikasi termasuk pen kerana ingin memastikan kekejaman yang berlaku itu tidak dihebahkan ke pengetahuan masyarakat antarabangsa Ashwad berkata, menurut rakan dalam misi itu, antara tembakan terawal Israel terhadap anak kapal Marvi Marmara ditujukan kepada jurukamera stesen televisyen dari Turki yang membuat siaran langsung kejadian terbabit.

“Komando Israel sengaja menembak di bahagian tangan jurukamera itu untuk memastikan kamera videonya terlepas. Selepas itu, komando Israel menggeledah dan merampas segala alat komunikasi termasuk telefon bimbit, komputer riba, buku catatan, kamera dan pen. Tetapi buku catatan saya tidak dirampas sebab ditulis dalam bahasa Melayu...mungkin komando itu tak faham,” katanya.

Katanya, jika dianalisis kembali, siaran berhubung kejadian itu yang disiarkan media pro Zionis diputar belit kononnya aktivis kemanusiaan terlebih dulu melakukan provokasi walaupun realiti sebaliknya.

Menurutnya, tragedi serangan itu membuka mata dunia mengenai halangan hak kemanusiaan terburuk dan kejam bukan saja kepada misi berkenaan, malah penduduk Palestin yang mengalaminya sejak 1948 ketika Israel ditubuhkan.

Ashwad berkata, selepas ditawan kapal terbabit kemudian menuju ke Pelabuhan Ashdod yang mengambil masa kira-kira 15 jam perjalanan dari lokasi serangan Israel di perairan antarabangsa itu.

Katanya, setiba di Pelabuhan Ashdod, proses untuk keluar dari kapal saja memakan masa hampir 12 jam apabila regim Zionis itu melakukan pemeriksaan seorang demi seorang tawanan dengan prosedur terlalu ketat.

“Pakaian kami dipaksa ditanggalkan semuanya ketika pemeriksaan dilakukan, manakala untuk pemeriksaan semua dokumen itu mengambil masa lebih satu jam.

“Ketika itu, Tuhan yang tahu betapa kasarnya tentera Israel memperlakukan kami tanpa perikemanusiaan. Kami kemudian dibawa ke Penjara Be’er Sheva, Israel dengan menggunakan bas dalam perjalanan selama dua jam...bas yang hanya sesuai untuk pengganas,” katanya.

Menurutnya, Be’er Sheva penjara baru dan kumpulan misi itu ‘banduan’ pertama ditahan di dalam sel berasingan penjara berkenaan. Katanya, dia dan kumpulan misi itu menjangka berada dalam tempoh masa lama dalam penjara terbabit sebelum didatangi wakil dari Pertubuhan Palang Merah dan Kedutaan Jordan yang membawa berita gembira iaitu mereka dibebaskan.

Semalam rombongan misi kemanusiaan daripada Malaysia dibebaskan rejim Zionis sebelum diiringi dengan ketat hingga sempadan King Hussein memisahkan Jordan dan Israel.

Ashwad berkata, rombongan itu kemudian ditempatkan di Hotel Crowne Plaza di Amman, Jordan sebelum disambut Duta Besar Malaysia ke Jordan Datuk Abdul Malek Abdul Aziz.

“Sebaik melepasi sempadan, saya ucap kesyukuran kepada Allah lebih-lebih lagi selepas lebih 16 jam berada di Penjara Be’er Sheva, Israel,” katanya.

Menurutnya, layanan Israel terhadap sukarelawan misi membawa keamanan termasuk bantuan makanan itu bagaikan banduan apabila diperlakukan dengan kasar.

(sumber: myMetro)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...