Tidak Pernah Buka Sempadan
MARANG – Misi Gaza Yayasan Amal untuk menghantar bantuan kemanusiaan melalui jalan Refah, menghadapi jalan sukar untuk masuk ke Semenanjung itu apabila mendapat maklumat sebenarnya apa yang berlaku di sana.
Misi tersebut menjadi buntu kini, apabila hakikat sebenarnya, kerajaan Mesir yang dipimpim oleh Hosni Mubarak, tidak pernah membuka sempadan Gaza di Refah.
Setiausaha Misi, Mohd Fauzi Abu Samah ketika dihubungi Buletinonline berkata, misi Yayasan Amal masih berada di Kaherah dan belum boleh memasuki Gaza.
"Sebenarnya Mesir tak buka pun SEMPADAN, sekadar gimmik sahaja.....Takut Dunia marah dan salahkan dia....hakikatnya...., Memang tak buka , bahkan semakin sukar utk masuk dgn peraturan2 baru pulak,"kata Fauzi melalui hubungan Internet dengan Buletinonline jam 8.24 malam tadi.
Sehubungan itu, beliau meminta supaya sampaikan salam kepada seluruh rakyat Malaysia dan mohon dihebahkan pada ceramah Palestin yang di adakan di perkarangan Masjid Rusila, pada malam tadi. –BO
Ini berita penipuan Mubarak ini...
ARKIB : 02/06/2010
Mesir buka sempadan Rafah
KAHERAH 1 Jun - Presiden Mesir, Hosni Mubarak hari ini mengarahkan pembukaan sempadan lintasan Rafah bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar ke Genting Gaza, lapor agensi berita MENA.
Arahan itu dibuat sehari selepas serangan oleh komando Israel terhadap flotila yang membawa bekalan bantuan ke Gaza, yang berhadapan sekatan rejim Zionis sejak 2007.
Serangan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 maut sementara 30 yang lain cedera.
"Presiden telah mengeluarkan arahan pembukaan sempadan lintasan Rafah bagi membenarkan bantuan kemanusiaan dan bekalan perubatan dibawa masuk ke Genting Gaza, begitu juga dengan kes-kes perubatan yang memerlukan akses ke Mesir.
"Langkah itu dibuat sebagai sebahagian tindakan Mesir untuk melegakan penderitaan rakyat Palestin di Genting Gaza," lapor MENA.
Menurut sumber keselamatan Mesir di Rafah, sempadan tersebut dibuka hari ini pada pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan (6.30 petang ini waktu Malaysia), tetapi kerajaan Mesir tidak menyatakan masa penutupannya.
Kawasan lintasan Rafah, satu-satunya pintu masuk ke Israel yang diawasi Mesir sepanjang masa. Kaherah membenarkan pembukaan sempadan itu dua hari seminggu bagi kes-kes kemanusiaan.
Mesir turut berhadapan kritikan hebat kerana menutup sempadan tersebut.
Israel mengenakan sekatan terhadap Gaza pada 2007 selepas pejuang Hamas menumpaskan tentera Fatah yang setia kepada Presiden Mahmoud Abbas, setahun selepas Hamas memenangi pilihan raya. - AFP (sumber)
Komen penulis :-
Apabila ummat Islam sendiri yang ingin meruntuhkan agamanya, inilah yang terjadi.
Ya Allah, semoga Kau hapuskan orang yang mengaku Islam dalam kalangan kami sedangkan mereka bersekongkol dengan Zionis Israel laknatullah. Amin
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment