Sunday, February 13, 2011

Sekitar Solat Hajat iCEPS7....

 Solat hajat dan bacaan yasin diimami oleh saudara Abdul Mu'izz

 Dengan penuh khusyu' dan tawadhu' menadah tangan kepada Mu Ya Allah..

 Tekun sahabat-sahabat mendengar tazkirah...

 Tazkirah ringkas disampaikan oleh saudara Tobrani...

 Dr. Amir segak berbaju batik merah putih....

 Sedikit pesanan daripada Dean Of Faculty....
 Masing-masing tunduk je lepas kena bagi taujihat....

 Model iCEPS7...hihi jangan marah ye bro
 Lepas abis ucapan, rase lapar pulak ye...jom pi makan semua!!!
 AJK Tertinggi iCEPS7 termasuk Pengarah (paling kanan dalam gambar)

 Pn. Nor yang sentiasa ceria dan laju...hahaha

 Makan jangan tak makan....!!!

 Terbaik...!!!

 Khusyu' nya makan sampai tak tengok kamera...hihi

Semua makan dengan hepi...

Vanue : Dataran Pusat Komersial
Tarikh : 11 Februari 2011

Pesanan Untuk Semua:-
Diharapkan semua pihak dapat berganding bahu untuk menjayakan iCEPS7 dengan penuh rasa tanggungjawab dan sentiasa bersemangat...gud luck evrybody!!!


Thursday, February 10, 2011

Revolusi Mesir: Strategi CFR Menyekat Ikhwanul Muslimin



Adalah  sesuatu yang pasti bahawa semua revolusi rakyat yang bergerak di atas platform ‘kesedaran rakyat’ adalah kesan dari permainan catur politik antarabangsa daripada ahli-ahli CFR (Council on Foreign Relation).

Permainan yang digerakkan oleh CFR ini sangat jelas kerana beberapa ahli CFR telah pun mengisyaratkan kebangkitan tersebut dengan satu tajuk yang sangat metafora tetapi takrifan menjelaskan apa yang telah berlaku sekarang dibeberapa buah negara arab.

Untuk memahami apa yang berlaku sekarang di negara Arab adalah lebih baik kita merujuk semula ucapan dasar salah seorang konspirator antarabangsa, Zbigniew Brzezinski pada Mei 2010. Beliau merupakan ahli lembaga pengarah bagi CFR.


Di dalam video di atas, Brzezinski menjelaskan akan kebimbangannya tentang kebangkitan kesedaran rakyat antarabangsa. Beliau juga cuba menafikan bahawa PBB bukan ‘World Government’ tetapi sebagai organisasi yang memberi hak sama rata dalam bersuara (sebenarnya beliau menipu).

Kebangkitan Rakyat Mesir : Saat Sekutu Israel Dijatuhkan Allah


        Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
        Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS.
  
Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.

Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.

Dr. Maza : Tindakan Mufti Mesir Mengecewakan...

Mufti Mesir: 'Ali Jumu'ah


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Feb 04, 2011

Saya ingin melahirkan rasa kecewa ke atas kenyataan Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah –yang muncul dalam TV Mesir- yang meminta rakyat Mesir menghentikan tunjuk perasaan. Ya, memang selama ini ‘Ali Jum’ah adalah benteng Hosni Mubarak, dia dilantik oleh Mubarak sekalipun ramai tokoh-tokoh ilmuwan Mesir lain yang jauh lebih terserlah keilmuan dibandingkan beliau. Malang sekali, selama beliau dilantik, apa yang sering beliau bangkitkan hanyalah isu sekitar perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam seperti masalah perbezaan mazhab dalam aliran kalam dan fekah.

Beliau tidak lantang seperti al-Syeikh al-Qaradawi, Muhammad al-Ghazali r.h dan lain-lain dalam mengkritik kezaliman dan kerakusan Mubarak. Beliau tidak berfatwa tentang tindakan-tindakan Mubarak menipu rakyatnya.

Adakah Ini Suatu Petanda Kiamat Hampir Tiba...??















Adakah ini suatu yang boleh ummat Islam banggakan walhal Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Salah satu di antara tanda-tanda akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk bertemasya, perniagaan, riya’ (pamer) atau mengemis".

“Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertemasya, orang yang berpunya untuk kepentingan perniagaan, orang bijak untuk pamer dan orang miskin untuk mengemis”.
(Diriwayatkan oleh Anas r.a.)

“Tidak ada [hari] pengadilan hingga gedung-gedung yang sangat tinggi dibangun”.
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.)

“As-sa'ah (Hari Kiamat) tidak akan tiba sehingga manusia berlomba-lomba membuat bangunan yang tinggi”.
(H.R. Bukhari)

Allah tidak melihat kepada fizikal seseorang itu tetapi Allah melihat kepada keimanan dan ketaqwaan yang ada di dalam hati seseorang.

Begitu jugalah dengan bangunan yang dicipta, dibangunkan dan direka sebegitu rupa tetapi hanya untuk kemegahan semata-mata tidak lain hanya lah nothing dan zero di sisi Allah s.w.t

Adakah mungkin ini suatu petanda yang as-sa’ah(kiamat) itu hampir tiba????
Fikir-fikirkan…..

Wallahua’lam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...