Akhbar mingguan ‘Time’ keluaran 15hb. Julai 1974, telak memetik kenyataan beberapa orang pengkaji sejarah, penulis, pegawai tentera, pedagang dan lain-lain mengenai “Siapakah pemimpin dunia yang paling agung sepanjang kewujudan manusia dan dalam sejarah dunia?”
Ada yang mengatakan Hitler, yang lain mengatakan Ghandi, Buddha, Lincoln dan macam-macam lagi telahan mereka. Tetapi seorang penganalisa ilmu jiwa yang bernama Jules Masserman berbangsa Amerika telah menyebut syarat-syarat memilih pemimpin seumpama itu.
Katanya, pemimpin pilihan itu harus mempunyai 3 ciri-ciri penting:
1. Menjaga kepentingan manusia yang dipimpinnya.
2. Mengadakan satu peraturan sosial yang mana ummat dapat merasa selamat dalam hidupnya.
3. Mewujudkan satu rangka kepercayaan rohani.
Tiga syarat-syarat yang di atas tadi beliau berkata bahawa Hitler, Pasteur, Conficius dan lain-lain, maka orang-orang seperti Pasteur dan Salk termasuk dalam golongan pertama.
Orang-orang seperti Ghandi dan Conficius di satu pihak, Iskandar Zulkarnain, Ceaser dan Hitler terhimpun pada golongan kedua atau pun golongan ketiga, Nabi Isa dan Gautama Buddha terhimpun khas pada golongan yang ketiga.
Tetapi yang paling unggul pemimpin untuk semua zaman peradaban manusia ialah Nabi Muhammad s.a.w yang dapat menghimpunkan ketiga-tiga kategori dan dapat merangkumi semua syarat. Sementara Nabi Musa pula boleh dipilih sebagai Nabi yang mempunyai syarat-syarat tersebut.
Menurut ukuran yang diperbuat oleh seorang professor dari Universiti Chicago, Nabi Isa dan Gautama Buddha tidak layak disebut sebagai pemimpin unggul di dunia. Tetapi Nabi Muhammad s.a.w mempunyai sifat-sifat kepimpinan untuk manusia sejagat.
No comments:
Post a Comment