Saturday, April 17, 2010

Aduihh..Penangan Cinta

Antum ada ramai kawan tapi dalam banyak-banyak tu antum asyik ingat kat dia sorang jer..

dia sihat ke tak..?dia dah makan ke belum..?dia ingat kat antum ke tak..?

antum jadi resah gelisah kalau tak dapat dengar suara dia,hhm..

antum jadi malap, kelabu asap, tapi bila dengar suara dia
antum automatik segar bugar, perut lapar terus kenyang..

Uiii.. antum cemburu bila dia bercerita tentang
kecantikan/kehenseman perempuan/lelaki yang dia
jumpa..Kekadang antum rasa kecik hati dengan dia sebab
asyik cerita pasal orang lain yang lebih hebat dari antum.

Surat, kad raya, tiket bas, sampah atau apa saja
pemberian darinya antum simpan sampai penuh almari rumah..Kalau ada lipas gigit salah satu barang pemberian
darinya, pasti mampus lipas tu antum gigit
balik...uiii..dasyatnye..


Kadang kala antum sengaja buat perangai nak bagi dia jeles
kat antum tapi dia sikit pun takder respon sebaliknya antum
sendiri yang makan hati..tapi antum tak sedar kenapa antum
buat macam tu..kenapa antum nak bagi dia jeles kat antum?

Antum percaya padanya, antum sedia berkongsi apa saja cerita
dengannya, antum juga suka mendengar celotehnya walaupun
kadang-kala ceritanya membosankan antum tapi antum tetap sudi
melayan karenahnya.

Bila family antum sebut pasal jodoh, antum cakap belum ada
calon tapi dalam kepala otak antum dok terbayang-bayang antum
bersanding dengan dia..

Hmm...itu adalah secebis perasaan antum kat dia namun
apakah makna perasaan tersebut? Nak kata kawan
biasa..kenapa antum treat dia bagus semacam jer? Alah
mengaku sajalah yang antum ni dah jatuh hati padanya..

Antum tau tak mengikut survey, itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda awal yang dah JATUH CINTA. Perasaan tu sedikit sebanyak akan menyiksa diri antum sendiri. antum tau kenapa? Sebab antum punya ego tu tinggi sangat...apa susah sangat ker antum nak bagitau yang antum ni betul-betul falling in love kat dia..ops..i'm sorry

kalau antum ni perempuan memang la susah sikit takut
perigi cari timba pulak kan..tapi setiap orang ada
cara tersendiri.

Sumber Coretan dari sahabat ku….

-----Komen Penulis------

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih memberikan kita peluang untuk bertaubat dari segala dosa serta masih lagi mencurahkan nikmat kepada hamba-hambanya yang hina lagi daif ini.

Teruja sungguh aku bila membaca coretan dari temanku. Haha….mungkin hangat bercinta fikirku…..

Kadang - kadang kita tidak sedar yang sebenarnya cinta mula berputik….semekar mana ia berputik terpulang kepada individu itu sendiri….

Kita kata kita taknak dia depan kawan-kawan kita……tapi jauh di sudut hati “aku rindu dia, aku suka dia” dan berbagai lagi monolog dalaman yang diluah oleh benak kalbumu…..betol tak???betol kan…..haha

Itulah sebenarnya ‘penangan cinta’…….Jika tak dapat dikawal, mungkin gila dibuatnya….haha

Cara mengatasinya adalah senang je….pagarlah ia dengan iman dan taqwa kepada Allah, itu yang utama….

Bagiku, tidak salah bercinta. Bahkan ia adalah fitrah manusia ingankan cinta dan ingin dicintai….tapi batasan-batasannya perlulah dipatuhi….

Dalam mengejar cinta manusia, perlulah kita sedar bahawa cinta kita kepada Allah hendaklah melebihi dari segala-galanya……

Mencintai yang lain melebihi cinta kepada Allah akan menjadi syirik iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain…..menduakan Allah Taala pada cinta.

Menyamakan pun dah jadi syirik apatah lagi melebihkan cinta yang lain berbanding cinta kepada Allah.

Renung-renungkan dan selimuti cinta mu itu dengan kain keimanan kepada Nya…

Wallahua’lam

1 comment:

  1. Salam,
    dalam kita bahagia, jangan lupa ada lagi insan yang berduka...

    Fikirkan dan selamat beramal...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...