
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Kumpulan pro-Mahasiswa (Pro-M) mengambil keputusan untuk memulaukan 'kabinet' baru Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) yang dibentuk oleh kumpulan pro-Aspirasi (pro-A).
17 calon pro-M yang menang pada pilihan raya kampus yang lalu juga tidak hadir pada majlis perlantikan yang diadakan di Dewan Tunku Canselor kelmarin.
Bantahan itu bertujuan menyatakan pendirian mereka bahawa pilihan raya kampus pada 28 Jan lalu tidak dijalankan secara telus dan adil. Ia juga sebagai tanda protes berhubung keengganan pihak pro-A untuk menghormati kemenangan pro-M pada peringkat kerusi umum.
Mohd Fadzil Jamal, wakil mahasiswa pro-M untuk kerusi umum, memberitahu Malaysiakini bahawa semua wakil dari kumpulan mereka tidak akan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang bakal dianjurkan oleh MPMUM.
“Kita, wakil pro-M yang menang, tidak akan mengiktiraf kabinet baru yang dilantik. Ini bermakna kita akan boikot,” katanya.
“Tetapi, kita akan terus berjuang untuk isu mahasiwa,” tambahnya.
Dia juga berkata, 17 wakil pro-M akan membentuk satu kabinet bayangan untuk bersaing dengan pro-A.
Kabinet bayangan ini akan dinamakan sebagai “Majlis Perwakilan Pro Mahasiswa UM”(MPPMUM) dan Fadzil telah dipilih sebagai presidennya.
Fadzil juga menjelaskan antara sebab utama untuk pemulauan itu ialah kerana pro-M telah dinafikan hak untuk mengambil tempat dalam majlis tertinggi MPMUM walaupun mereka menang lapan daripada sembilan kerusi umum.
“Kita anggap apa yang berlaku adalah tidak adil. Kita telah menang 8 daripada 9 kerusi umum, tetapi hanya dilantik sebagai ahli jawantankuasa untuk biro-biro,” katanya.
“Kita nampak ini macam satu penghinaan terhadap undi mahasiswa.”
Bagi MPMUM, wakil mahasiswa dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu sembilan kerusi umum dan 32 kerusi fakulti. Kerusi umum akan dipilih oleh semua mahasiswa dalam kampus, manakala kerusi fakulti hanya dihadkan kepada satu fakulti sahaja.
Kumpulan pro-M berasa yang tidak berpuas hati terhadap keputusan itu dan mendakwa sistem e-undi yang pertama kali digunakan membuka ruang untuk penyelewengan.
Pada kemuncak bantahan itu, keesokan harinya, ratusan penyokong pro-M mengepung bangunan canselori dan menuntut naib canselor, Datuk Ghauth Jasmon supaya membatalkan keputusan pilihan raya dan mengadakan pemilihan baru.
Sumber http://www.malaysiakini.com/news/125221
PERTEMBUNGAN pertama Liga Bola Sepak Institut Pengajian Tinggi (Liga IPT) yang memulakan aksi pembuka tirai di antara Universiti Putra Malaysia (UPM) menentang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di Serdang, semalam akhirnya memihak tuan rumah, UPM dengan kemenangan besar 4-0.
Dengan kelebihan dua pemain yang beraksi di Liga Perdana, UPM nyata cukup ampuh di laman sendiri dan memperoleh gol seawal minit ke-7 menerusi jaringan Mohd Ibnu Kassim dan menambah lima minit kemudian menerusi jaringan Mohd Azrul Azmi - kedua-dua pemain yang beraksi untuk KL Plus.
Ketangkasan kedua-dua pemain itu terus menghantui barisan pertahanan Usim apabila enam minit sebelum separuh masa ke dua berakhir, Azrul sekali lagi merobek gawang Usim dengan rembatan cantik dari dalam kotak penalti untuk menghadiah gol ketiga UPM.
Selepas rehat, UPM yang turut diperkuatkan pemain dari Sekolah Sukan Bukit Jalil tetap berjaya mencuri satu lagi gol minit ke-90 selepas memperoleh sepakan penalti disempurna Mohd Helmi Abdul Manan.
Turut menyaksikan perlawanan sepak mula Liga IPT ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri KPT, Dr Hou Kok Chung, Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Omar Abdul Rahman, Pengerusi Pengelola Liga IPT, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan Naib-Naib Canselor IPT seluruh negara.
Liga IPT sebelum ini dikenali sebagai 'UNILEAGUE' dan dijenamakan semula hasil idea Menteri Pengajian Tinggi dalam usaha mewujudkan satu pertandingan bola sepak yang membabitkan semua IPT (IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti) secara menyeluruh membabitkan lapan zon berlainan seluruh Malaysia bagi merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi.
Sumber Berita Harian Online
Komen penulis blog : Bila dah baca tajuk mesti dah rasa nak tergelak. Entahlah sampai bila skuad bola kita mampu berdiri gah dengan pasukan-pasukan lain. Saya dah buat sedikit analisis daripada perlawanan pertama:
a) Kekalahan ini mungkin disebabkan faktor latihan yang tidak mencukupi. Latihan hanya dibuat beberapa hari sebelum perlawanan.
b) Permainan nampak terumbang-ambing pada separuh masa pertama. Persefahaman diantara para pemain amat penting tetapi sebaliknya berlaku.
c) Pemilihan pemain juga antara faktor yang perlu dititikberatkan. Berlaku pemilihan yang berat sebelah dalam skuad utama. Pemilihan berdasarkan seniority sepatutnya tidak berlaku.
d) Selain itu, saya juga melihat berlaku kepincangan di bahagian jentera tengah. Kesilapan demi kesilapan berjaya membawa UPM membocorkan gawang kita.
e) Penyerang juga memainkan peranan utama untuk dalam menkucar-kacirkan pertahanan dan dalam masa yang sama manyumbang kepada gol akan tetapi ketajaman penyerang seakan-akan belakang parang usang yang dah tak digunakan lagi.
Walau apa pun, tahniah kepada semua pemain skuad bola sepak USIM kerana sanggup memikul tugas membawa nama Universiti di peringkat nasional. Ulasan saya di atas bukanlah untuk melemahkan semangat juang skuad bola sepak kita tetapi untuk melihat nama USIM dalam arena bola sepak gah di mata universiti-universiti lain.
Sekian.
Tiadalah perkara yang lebih menyakitkan hati apabila umat Islam sendiri menjadi pembelot kepada agama dan bangsanya dalam usaha membantu musuh menghancurkan harakah Islamiyah.
Begitulah halnya yang berlaku kepada organisasi yang membela umat Palestin sekarang ini iaitu Hamas. Tidak cukup dengan hentaman dan terkaman Israel sepanjang hari, kini muncul pula pendedahan akhbar-akhbar Israel bahawa anak kepada Sheikh Hassan Yousef iaitu Mosab Hassan bekerja untuk Israel melalui organisasi Shin Bet.
Sheikh Hassan Yousef merupakan antara pemimpin kanan Hamas yang kini berada di penjara Israel kerana dituduh menyertai organisasi pengganas. Beliau ditangkap pada September 2005 dan sebelum itu pernah beberapa kali ditangkap sebelum dilepaskan pada September 2004.
Mossab Hassan Yousef
Kita tidak pasti apa yang menyebabkan Mossab menjadi tali barut kepada Israel dan yang lebih menyedihkan adalah beliau sendiri telah murtad dan menukar kepada agama Kristian.
Keputusan beliau untuk menjadi kafir amat menghairankan banyak pihak kerana Mossab dilahirkan dalam keluarga Islam malah ibu bapanya juga berketurunan arab Islam sejati.
Menurut laporan berita Fox News, ‘anjing’ ini telah bertukar ke agama Kristian pada sekitar Ogos 2008 ketika berada di penjara Israel. Semenjak itu, Mossab dilihat seringkali dilihat berulang-alik memasuki sebuah gereja di Jalan Barabas, San Diego, California.
Semenjak menjadi agen Israel pada 1996, Mossab dikatakan bertanggungjawab dalam urusan penangkapan beberapa orang pemimpin Hamas, pembocoran maklumat rahsia dan beberapa nombor telefon peribadi pemimpin-pemimpin Hamas.
(Kiri) Mossab Hassan (kanan) ayahnya, Sheikh Hassan Youssef
Antara orang-orang kanan Hamas yang dibelot oleh Mossab sehingga berlaku penangkapan ialah Komander Ibrahim Hamid, Marwan Bargouti, Abdullah Bargoutti dan bapanya sendiri iaitu Syeikh Hassan Yousef.
Selain itu, Mossab juga dikatakan menggunakan gelaran The Green Princebagi dirinya dalam organisasi Shin Bet. Menurutnya, Green (hijau) dipilih merujuk kepada warna bendera Hamas manakala Prince (Putera) bermaksud anak kepada salah seorang pemimpin hamas.
Pembelotan Mossab ini boleh dikatakan bakal menjadi punca kepada berulangnya perang Israel-Palestin dan Mossab sendiri mungkin salah seorang agen yang sangat mahal di hati Israel selain daripada Dr. Ashraf Marwan.
Berikut ialah temuduga wartawan Jonathan Hunt bersama Mossab Hassan Yousef yang dikeluarkan oleh Fox News.
“I believe that all those walls that Islam built for the last 1,400 years are not existing (sic) anymore. They don’t recognize this. They built those walls and made people ignorant because they’re afraid.”
“When I was 18 years old, and I was arrested by the Israelis and was in an Israeli jail under the Israeli administration, Hamas had control of its members inside the jail and I saw their torture; (they were) torturing people in a very, very bad way.”
“When I studied the Bible carefully verse by verse, I made sure that that was the book of God, the word of God for sure, so I started to see things in a different way, which was difficult for me, to say Islam is wrong.”
“…I started to figure out the problem is Islam, not the Muslims and those people - I can’t hate them because God loved them from the beginning. And God doesn’t create junk. God created good people that he loved, but they’re sick, they have the wrong idea. I don’t hate those people anymore but I feel very sorry for them and the only way for them to be changed (is) by knowing the word of God and the real way to him.”
Persoalan-persoalan dalam kaedah Teori Konspirasi
Kemarahan tentang pembelotan Mossab terhadap umat Islam sememangnya sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun demikian, sebagai blog konspirasi, beberapa persoalan harus dipandang lebih jauh dalam isu Mossab ini kerana ia mungkin membawa kepada beberapa petunjuk yang mencerminkan kepada kebenaran teori-teori penyiasat konspirasi antarabangsa yang diutarakan selama ini.
Antara persoalan-persoalan yang boleh ditimbulkan dalam isu ini ialah
Wallahu’alam …
Sumber http://ibnuyaacob.com/?p=1420
Komen penulis blog : Iman itu tidak dapat diwarisi oleh anak dari seorang ayah yang bertaqwa dan gigih berjuang di jalan Allah. Cuba kita perhatikan sorotan kisah Nabi Allah Nuh dan anaknya ketika peristiwa banjir besar. Begitulah juga dengan berita tergempar ini bagaimana anak kepada seorang pemimpin Hamas berjaya dikristianisasikan oleh pemikirannya sendiri dan atas beberapa faktor lain.
Cuba renung kembali sepotong ayat al-Quran dan beramallah dengan ayat ini.
"قوا أنفسكم وأهلكم نارا"
.Sekian
Berikut ialah ringkasan sidang akhbar Polis Dubai dengan media antarabangsa di Dubai, UAE.
· Bilangan yang disyaki meningkat kepada 11 orang berbanding 10 orang sebelum ini.
· Suspek-suspek berpakaian seperti pemain tenis sambil membawa alat-alat tertentu yang dipercayai bagi menyuntik Al-Mabhouh.
· Berikut ialah senarai nama suspek yang didedahkan oleh Polis Dubai (nama-nama dipercayai adalah nama samaran) Gail Folliard, Kevin Daveron, Evan Dennings, Paul John Keely, Stephan Daniel Hodes, Melvyn Adam Mildiner, Jonathan Louis Graham, James Leonard Clarke, Michael Lawrence Barney dan Michael Bodenheimer. Manakala seorang lagi dipercayai mastermind ialah Peter Elvinger (rakyat Perancis).
· Tamim juga mendedahkan, kesemua agen itu dibantu oleh dua orang lagi suspek yang dipercayai warga Palestin yang kini ditahan Polis Dubai. Identiti mereka tidak didedahkan.
· Laporan terbaru dari Intelligance Online mendedahkan jumlah sebenar agen yang terlibat dalam pembunuhan Al-Mabhouh ialah 10 orang dan 3 darinya adalah wanita.
· Pembunuhan tersebut dilakukan di Hotel Al-Bustan Rotana bilik nombor 130.
· Pembunuhan tersebut juga mengundang campur tangan pelbagai agensi risikan rahsia khususnya dari UAE, Jordan, Mesir, Iran dan Syria.
· Hasil siasatan juga mendedahkan salah seorang dari 3 wanita Israel itu menyamar sebagai pembantu hotel yang lengkap berpakaian uniform hotel.
Ketua Polis Dubai menegaskan pada 7 Februari 2010 lepas bahawa mereka yakin kematian Mahmoud Al-Mabhouh adalah angkara sekumpulan perisik Mossad yang memecah masuk ke bilik hotel tempat Allahyarham menginap.
Menurut Dhahi Khalfan (ketua polis Dubai) didapati sekurang-kurangnya 7 orang warga Israel yang terlibat dalam pembunuhan tersebut. Manakala dikalangan mereka kemungkinan terdapat seorang wanita atau lebih.
Cara Pembunuhan Al-Mabhouh
Antara tipu helah yang digunakan untuk memburu dan membunuh Al-Mabhouh ialah ketujuh-tujuh orang warga Israel tersebut menggunakan passport warga Ireland untuk memasuki negara Dubai dan mengisytiharkan diri sebagai pelancong.
Manakala seorang lagi pemimpin Hamas, Mahmoud Al-Zahar mendakwa sebahagian perisik-perisik tersebut juga memasuki Dubai dengan cara mengikuti rombongan salah seorang menteri Israel, Uzi Landau yang sedang menghadiri sebuah persidangan berkaitan sumber tenaga.
(Kiri) Uzi Landau (Kanan) Mahmoud Al-Zahar
Menurut laporan, sebelum pembunuhan bilik Al-Mabhouh telah diceroboh oleh sekumpulan perisik. Mereka kemudiannya menangkapnya dan menyuntik tangannya dengan sejenis dadah yang mampu merangsang sakit jantung yang kronik.
Selain itu, laporan perubatan juga mendapati Al-Mabhouh telah dikenakan kejutan elektrik pada anggota fizikalnya dan ini berdasarkan kesan-kesan bukti-bukti penjerutan pada badannya.
Polis Dubai dan pimpinan Hamas yang lain sangat yakin pembunuhan tersebut didalangi oleh Israel kerana Al-Mabhouh dibunuh hanya selepas tiga hari menteri Israel menghadiri seminar di UAE. Mereka yakin agen-agen Mossad turut sama menyelinap masuk ke UAE bersama-sama rombongan menteri Israel.
Menurut pemerhati, Al-Mabhouh sangat dikehendaki oleh Mossad kerana Israel mendakwa beliau merupakan orang tengah yang bertanggungjawab membawa masuk senjata-senjata dari Iran ke Palestin untuk digunakan oleh anggota-anggota keselamatan Hamas.
Disebabkan itu, maka Mossad menuduh bahawa tujuan Al-Mabhouh ke Dubai adalah bagi menguruskan urusan pemindahan senjata yang dibekalkan Iran. Namun begitu, polsi Dubai menegaskan bahawa mereka tidak yakin terhadap tuduhan tidak berasas itu dan percaya bahawa kehadiran Al-Mabhouh ke Dubai adalah atas urusan perniagaan.
Antara punca lain pembunuhan adalah dikatakan bahawa ia adalah dendam Israel kepada Al-Mabhouh yang pernah membunuh dua anggota tenterannya 21 tahun lalu iaitu Avi Sasportas dan Ilan Saadon.
Wallhu’alam …
Sumber http://ibnuyaacob.com/?p=1404
Australia has delivered a stark diplomatic warning to Israel, demanding its full cooperation with an investigation into the reported use of three Australian passports by the alleged assassins involved in last month's killing of a top Hamas commander in Dubai. Speaking on Thursday after summoning the Israeli ambassador, Australia's foreign minister said he had warned Israel that if it was involved in the passport abuse, it would not be seen as a friendly act. "We have made no conclusion about what to us, from our preliminary investigation, seems to be a serious abuse of three Australian passports either through forgery or identity fraud," he said. "But I made it crystal clear to the ambassador that if the results of that investigation cause us to come to the conclusion that the abuse of Australian passports was in any way sponsored or condoned by Israeli officials, then Australia would not regard that as the act of a friend." On Wednesday Dubai police revealed that a woman and two men, holding apparently fake Australian passports, were among 15 new suspects in the killing of Mahmoud al-Mabhouh. Smith said initial investigations conducted following the Dubai police announcement showed the Australian passports were probably "duplicated or altered". Full cooperation He said Australia expected Israel to "co-operate fully and transparently" with its own investigation into the incident.
Smith added that Australian officials had contacted reached the three passport-holders – Bruce Joshua Daniel, Nicole Sandra McCabe and Adam Korman - who all live in Israel. "At this stage Australian officials have no information to suggest the three Australian passport-holders were involved in any way other than as victims of passport or identity fraud," he told parliament. Australia's ambassador in Tel Aviv was also reportedly seeking a meeting with Israeli officials. Dubai police strongly suspect Mossad, the Israeli spy agency, of carrying out the assassination in a luxury Dubai hotel where Mabhouh was found dead in his room on January 20. "The new list of suspects includes people who offered prior logistical support and preparations to facilitate the crime, and others who played a central role," the emirate's police force said in a statement. Forged passports Investigators in the United Arab Emirates earlier said they had 12 British, six Irish, three French, three Australian and one German passports allegedly connected to the hit.
The latest suspects raise the total number believed involved in the murder to 26. For its part Israel has maintained there is no evidence of its involvement and has described calls from the Dubai police for the arrest of Mossad chief Meir Dagan as "baseless" and "absurd". Britain's Sunday Times newspaper, quoting unnamed sources, has reported that Binyamin Netanyahu, the Israeli prime minister, authorised the mission and met members of the hit squad shortly before their departure. Commenting on the new Australian links to the killing, Kevin Rudd, the Australian prime minister, said his country would "not be silent on the matter". "If Australian passports are being used or forged by any state, let alone for the purpose of assassination, this is of the deepest concern and we are getting to the bottom of this now," he told public broadcaster ABC. "We will not leave a single stone unturned." 'Deepest concern' Rudd said Australian officials had worked through the night after Dubai police named the new suspects.
Rudd said he had discussed the latest development "at length" with Smith, describing it as "a matter of the deepest concern to Australia". The European Union has also voiced outrage over the use of fake passports after an earlier list of 11 people, including a woman, was released. Israeli ambassadors in four European countries have been summoned for talks. Israeli media reported that Australian-born Adam Korman, 34, who works in Tel Aviv, had already voiced "shock" at the news after being named as one of the passport-holders involved. "I am shocked, it's identity theft - simply unbelievable," Korman told the Ynetnews.com website. "I have been frightened and shocked since receiving the news," he added. "It's irresponsible and a violation of human and individual rights to do such a thing." Sumber aljazeera.net Komen penulis blog : Ingatkah kita pada sepotong ayat Quran yang mana Yahudi dan Kristian tidakkan reda dengan umat Islam selagi kita tidak mengikut ajaran mereka. Fikirkan....Segala propaganda yahudi kini makin lama makin terserlah kepada dunia terutamanya kepada yang non muslim. Kejahatan mereka berpaksikan kepercayaan bahawa mereka adalah umat terbaik dan yang lain hanya hamba mereka yang boleh dibunuh, disembelih bak binatang begitu sahaja. Penipuan demi penipuan dilakukan untuk melaksanakan perancangan licik dan celaka demi kepentingan mereka semata-mata. Sahabat-sahabat bersedialah sebagai pemuda Islam untuk kita berjuang di jalan Tuhan menentang penjenayah sebenar dalam apa cara sekalipun....Ingatlah hidup kita hanya sementara dan penamat dunia akan tiba bila-bila masa sahaja. Sekian. |