Friday, February 26, 2010

USIM Kena Belasah Teruk

PERTEMBUNGAN pertama Liga Bola Sepak Institut Pengajian Tinggi (Liga IPT) yang memulakan aksi pembuka tirai di antara Universiti Putra Malaysia (UPM) menentang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di Serdang, semalam akhirnya memihak tuan rumah, UPM dengan kemenangan besar 4-0.

Dengan kelebihan dua pemain yang beraksi di Liga Perdana, UPM nyata cukup ampuh di laman sendiri dan memperoleh gol seawal minit ke-7 menerusi jaringan Mohd Ibnu Kassim dan menambah lima minit kemudian menerusi jaringan Mohd Azrul Azmi - kedua-dua pemain yang beraksi untuk KL Plus.

Ketangkasan kedua-dua pemain itu terus menghantui barisan pertahanan Usim apabila enam minit sebelum separuh masa ke dua berakhir, Azrul sekali lagi merobek gawang Usim dengan rembatan cantik dari dalam kotak penalti untuk menghadiah gol ketiga UPM.


Selepas rehat, UPM yang turut diperkuatkan pemain dari Sekolah Sukan Bukit Jalil tetap berjaya mencuri satu lagi gol minit ke-90 selepas memperoleh sepakan penalti disempurna Mohd Helmi Abdul Manan.

Turut menyaksikan perlawanan sepak mula Liga IPT ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Menteri KPT, Dr Hou Kok Chung, Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Omar Abdul Rahman, Pengerusi Pengelola Liga IPT, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan Naib-Naib Canselor IPT seluruh negara.

Liga IPT sebelum ini dikenali sebagai 'UNILEAGUE' dan dijenamakan semula hasil idea Menteri Pengajian Tinggi dalam usaha mewujudkan satu pertandingan bola sepak yang membabitkan semua IPT (IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti) secara menyeluruh membabitkan lapan zon berlainan seluruh Malaysia bagi merebut Piala Menteri Pengajian Tinggi.


Sumber Berita Harian Online


Komen penulis blog : Bila dah baca tajuk mesti dah rasa nak tergelak. Entahlah sampai bila skuad bola kita mampu berdiri gah dengan pasukan-pasukan lain. Saya dah buat sedikit analisis daripada perlawanan pertama:

a) Kekalahan ini mungkin disebabkan faktor latihan yang tidak mencukupi. Latihan hanya dibuat beberapa hari sebelum perlawanan.

b) Permainan nampak terumbang-ambing pada separuh masa pertama. Persefahaman diantara para pemain amat penting tetapi sebaliknya berlaku.

c) Pemilihan pemain juga antara faktor yang perlu dititikberatkan. Berlaku pemilihan yang berat sebelah dalam skuad utama. Pemilihan berdasarkan seniority sepatutnya tidak berlaku.

d) Selain itu, saya juga melihat berlaku kepincangan di bahagian jentera tengah. Kesilapan demi kesilapan berjaya membawa UPM membocorkan gawang kita.

e) Penyerang juga memainkan peranan utama untuk dalam menkucar-kacirkan pertahanan dan dalam masa yang sama manyumbang kepada gol akan tetapi ketajaman penyerang seakan-akan belakang parang usang yang dah tak digunakan lagi.

Walau apa pun, tahniah kepada semua pemain skuad bola sepak USIM kerana sanggup memikul tugas membawa nama Universiti di peringkat nasional. Ulasan saya di atas bukanlah untuk melemahkan semangat juang skuad bola sepak kita tetapi untuk melihat nama USIM dalam arena bola sepak gah di mata universiti-universiti lain.

Sekian.

2 comments:

  1. salam...
    bg sy,corak permainan yg ditonjolkan para pemain amat memuaskan kecuali daripada jentera tengah..
    sy lihat jentera tengah kurg mnyerlah brbanding jentera dr UPM..
    mreka tak bnyk berlari,main tak support,kurang idea,dan yg lebih penting tiada midfielder yg brani hold bola dgn lama..
    bg sy,midfielder la org yg trpenting dlm skuad..
    namun,corak permainan bertmbh baik slps captian psukan tukat posisi dari defender kpd midfielder..
    takkan la kte nk mghrpkan cptain je,masak la die nnti...so,apa2 pn all the best to USIM's football team..
    sy bkn nk komen o mengkritik,sy cuma ingin berkongsi pendapat agar skuad bola sepak kte tak dipandang rendah..
    kte ade maruah sendiri,sangggupkah kte dikeji diherdik setiap hari..??

    ReplyDelete
  2. Haha....
    Memang patut kena belasah.Dah main macam school boy je....Memalukan USIM

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...