Wednesday, March 24, 2010

Cara Mudah Hilangkan Stress...


  • Solat 5 waktu jangan tinggal. Sebaik-baiknya berjemaah.
  • Ambil Wudhu’.
  • Banyakkan membaca Al-Quran. Hayati maknanya.
  • Banyakkan makan buah-buahan. (Contoh buah limau kerana banyak vitamin C).
  • Kurangkan makan daging merah. Amalkan makan daging putih.
  • Amalkan teknik urutan.
  • Mandi (sebaik-baiknya air suam, bukan air panas). Amalkan menggunakan aroma terapi seperti bau-bauan yang wangi sewaktu mandi.
  • Berbincang, ceritakan masalah anda kepada orang yang boleh anda percayai. Jangan ceritakan kepada orang yang tak pandai simpan rahsia. Nanti anda makin stress..
  • Tengok binatang-binatang peliharaan. Contohnya tengok ikan di dalam akuarium.
  • Menangis. Ambil waktu yang sesuai, menangis. Sebaik-baiknya apabila bersolat malam (bertahajjud).
  • Kurangkan makanan yang banyak perasa tiruan.
  • Amalkan teknik ‘physical relaxation’.
  • Tengok pemandangan sekeliling. Lihat tumbuhan hijau.
  • Menyanyi, jangan menyanyi sampai mengganggu orang lain.
  • Dengar ceramah-ceramah agama.
  • Buka tingkap bilik, benarkan cahaya matahari masuk dan udara bersih masuk ke dalam bilik.
  • Minum air kosong dengan banyak. Sebaik-baiknya 1-2 L @ 3-4 L sehari.
  • Hubungi @ telefon ibu dan ayah. Bercakap dengan mereka.
  • Letak gambar ibu dan ayah di atas meja. Simpan gambar mereka di dalam dompet. Tengok gambar mereka bila stress.
  • Dengar muzik yang merdu, contohnya nasyid dan lain-lain.
  • Bila tension, senyum. Jangan pilih untuk marah.
  • Uzlah. Ambil masa untuk bersendirian.
  • Imbas kembali kenangan-kenangan manis sewaktu kecil-kecil dulu. Kalau ada barang-barang kenangan yang begitu berharga dan mempunyai sejarah tersendiri, sila tengok. Ambil masa seketika.
  • Pakai pakaian yang sesuai warnanya, warna-warna yang ceria.
  • Banyakkan doa kepada Allah supaya memberi ketenangan dan meredakan segala kemarahan. Maafkan semua orang.

Dato Dr.Haji Mohd Fadzilah Kamsah

2 comments:

  1. ada beberapa fakta yang menarik dalam posting ini.

    yang pertama,solat,yang kedua solat dan yang ketiga uzlah.

    semua ini adalah zikrullah.

    Ingatlah untuk menenangkan jiwa adalah dengan membersihkan hati..dan menenangkan hati ialah dengan zikrullah.

    Sesungguhnya zikrullah itu adalah ubat yang paling baik.Tidak perlu rasanya cara yang lain.HANYALAH ZIKRULLAH

    ReplyDelete
  2. *ralat..yang pertama solat,kedua baca quran dan yang ketiga adalah uzlah

    hanya dengan zikrullah,hati akan menjadi tenang.InshaAllah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...